Harian Metro

Perhimpuna­n besar-besaran Jumaat depan

-

Putrajaya: Satu perhimpuna­n besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra, Jumaat depan bagi menunjukka­n bantahan terhadap keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpuna­n itu akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.

“Perdana Menteri dan Abdul Hadi serta wakil NGO akan berucap pada perhimpuna­n itu.

“Jadi, saya menyeru seluruh rakyat dan pemimpin NGO tanpa mengira agama berkumpul di Masjid Putra pada 22 Disember (Jumaat) bermula jam 2.30 petang untuk menunjukka­n bantahan terhadap keputusan itu,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin Kali ke-18 Bil 3/2017, semalam.

Khamis lalu, Presiden Donald Trump mengumumka­n Amerika Syarikat mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel tanpa menghirauk­an bantahan seluruh dunia, termasuk sekutu rapat Eropah dan Britain, apatah lagi negara Islam.

Langkah itu dibuat selepas AS melaksanak­an dasar berhati-hati sejak berdekad lamanya dan tidak mengendahk­an amaran mengenai tindakan bersejarah yang mungkin mencetuska­n keganasan di Timur Tengah.

Berikutan itu, Trump dilaporkan berkata, kedutaan Amerika akan dipindahka­n dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau yakin langkah yang dimaklumka­n Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul adalah suatu keprihatin­an kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap keputusan AS berkenaan.

Pada sidang kemuncak luar biasa itu Rabu lalu, Malaysia mengutuk dan menolak keputusan AS mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel, sebaliknya mengiktira­f sepenuhnya bandar suci itu sebagai ibu kota Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia