Harian Metro

Tumpuan pengunjung nikmati alam semula jadi

-

Kuala Kubu Bharu: Sejak dibuka pada 2006, Santuari Ikan Sungai Chiling terus menjadi tumpuan pencinta alam yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan itu.

Pengunjung pusat pembiakan dan pemelihara­an ikan kelah dan tengas itu bukan saja dapat berkelah, bermandi manda dan merentas hutan untuk sampai ke air terjun utama malah pengalaman berenang bersama ribuan ikan pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Namun begitu, untuk masuk ke kawasan itu pihak pengurusan santuari menetapkan beberapa syarat sebagai langkah keselamata­n serta bagi menjamin kebersihan kekal terpelihar­a.

Pembantu Pegawai Santuari Ikan Sungai Chiling, Muhammad Yusri

Mokhtar, 41, berkata, pengunjung ke santuari itu wajib mendaftar nama dan dikenakan bayaran RM1 serta caj deposit jika membawa barangan untuk masuk ke kawasan air terjun.

Menurutnya, caj deposit diadakan bagi mendisipli­nkan pengunjung dan tidak meninggalk­an atau membiarkan barangan mereka di kawasan air terjun atau membuang sampah merata-rata.

“Kami membuat pemeriksaa­n

i ribuan ringgit kerap diburu kan elak spesies terancam pupus

terhadap setiap pengunjung bagi memastikan tiada peralatan memancing atau menangkap ikan dibawa.

“Deposit dikenakan pula dipulangka­n jika pengunjung membawa keluar semua barangan mereka,” katanya.

Menurutnya, itu antara peranan dan tanggungja­wabnya di pusat perlindung­an ikan kelah berkenaan.

Muhammad Yusri berkata, Santuari Ikan Sungai Chiling dibuka hanya tiga hari seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Katanya, santuari ditutup kepada pengunjung pada Isnin hingga Khamis.

Menurutnya, pengunjung yang hendak ke kawasan air terjun dibenarkan masuk bermula jam 8 pagi hingga 2.30 petang dan jika ada pengunjung datang selepas waktu itu mereka hanya dibenarkan berada di kawasan perkelahan di bahagian bawah.

“Peraturan ini untuk menjamin keselamata­n pengunjung kerana dibimbangi ada yang gagal turun ke bawah sebelum jam 5.30 petang dan kawasan ini perlu dikosongka­n tepat jam 6 petang,” katanya.

Katanya, jarak tapak perkhemaha­n ke air terjun ialah tiga kilometer dan mengambil masa perjalanan antara 45 minit hingga sejam untuk sampai.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Yusri (kiri) mengembali­kan semula wang deposit kepada pengunjung.
MUHAMMAD Yusri (kiri) mengembali­kan semula wang deposit kepada pengunjung.
 ??  ??
 ??  ?? enih ikan kelah ke dalam sungai.
enih ikan kelah ke dalam sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia