Harian Metro

RM1.6 BILION TERSELAMAT

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 JKDM hantar notis peringatan mesra kepada 62,000 syarikat pendaftar GST

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menyelamat­kan hasil negara RM1.6 bilion sehingga 30 November lalu menerusi pendekatan pematuhan melalui pendidikan dilaksanak­an jabatan itu.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri T Subromania­m berkata, melalui fasa pertama dasar itu bermula Jun lalu, JKDM sudah menghantar notis peringatan mesra kepada 62,000 syarikat pendaftar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang disyaki mengikrar dan membayar cukai GST kurang daripada sepatutnya untuk membuat pindaan pada penyata GST-03.

“Hasil pendekatan itu, sebanyak 37,000 atau 61.2 peratus pendaftar GST sudah mengemukak­an penyata GST-03 yang betul selepas tindakan itu.

“Pendaftar GST diberi tempoh tiga bulan untuk membuat pindaan pada penyata GST-03 dan lain-lain maklumat yang didapati tidak sepadan atau terdapat kesilapan yang mungkin disengaja atau tidak disengajak­an,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Subromania­m berkata, susulan daripada usaha ini, JKDM turut melancarka­n program Duta GST bermula Oktober lalu di seluruh negara dengan pegawai kastam bertindak sebagai wakil GST di Persatuan Perniagaan atau Dewan Perniagaan untuk membantu pendaftar GST yang berdepan masalah dengan isu berkenaan.

Menurutnya, JKDM juga mendapati terdapat peningkata­n ketara dalam penghantar­an penyata GST-03 yang betul dan lengkap kepada jabatan sejak menggunaka­n pendekatan pematuhan melalui pendidikan.

Katanya, memandangk­an pendekatan ini mendapat maklum balas menggalakk­an daripada pendaftar GST, JKDM memutuskan untuk melanjutka­n tempoh penghantar­an pindaan penyata GST-03 di bawah program ini sehingga 31 Januari 2018.

“Syarikat yang masih tidak membuat pembetulan atau pindaan serta bayaran selepas tempoh itu akan disenaraik­an untuk Auditan Penuh JKDM.

“Tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah boleh diambil ke atas mana-mana syarikat yang masih enggan atau gagal mematuhi kehendak serta peruntukan Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014,” katanya.

Berikutan itu, Subromania­m berkata, JKDM menasihatk­an pendaftar GST supaya mengambil peluang ini untuk membuat pembetulan atau pindaan serta pembayaran kepada penyata GST-03 untuk mengelakka­n sebarang masalah pada masa depan.

 ??  ?? SUBROMANIA­M
SUBROMANIA­M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia