Harian Metro

DANA JAGA AKIDAH

-

IFW sedia akses pendidikan Islam dari tadika hingga kolej di Austria

dan keluarga serta pejabat khidmat nasihat guaman dan perkhidmat­an lain. Namun, kami kekurangan dari segi akses pendidikan sekolah rendah untuk kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun,” katanya, baru-baru ini.

Kata Nuran, melihat kepada kekurangan elemen itu ditambah pula dengan permintaan tinggi daripada rakyat tempatan, IFW berusaha mengumpul dana bagi membina sekolah rendah di kompleks IRGW yang menaungi tadika serta sekolah menengah dan kolej.

“Kompleks berkenaan pada masa ini, ada empat tingkat namun kami merancang menambah dua lagi tingkat di atas bangunan itu bagi membuka sekolah rendah untuk menempatka­n 200 murid yang kami sasarkan mula beroperasi September 2019.

“Melihat kepada keadaan ekonomi sekarang, tak mudah untuk kami mampu membangunk­an projek ini kerana kos diperlukan ialah USD 2.5 juta (RM10.2 juta). Justeru kami memerlukan sokongan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara lain untuk melancarka­n gerakan mengumpul dana di seluruh dunia,” katanya.

Katanya, pembanguna­n projek sekolah rendah IRGW itu penting kerana buat masa ini kanak-kanak berusia antara enam hingga 10 tahun hanya berpeluang mendapatka­n pendidikan formal di sekolah aliran biasa di sekitar Vienna yang bilanganny­a terhad.

“Kami mahu sekolah rendah itu berada di bawah satu bumbung dengan IRGW macam satu keluarga besar. Penting bagi kita mendedahka­n elemen persekitar­an Islamik seawal usia kanak-kanak itu terutama perempuan kerana cabaran di Eropah pada masa ini sangat hebat.

“Kita tidak mahu ada anak kita goyang akidahnya dan terikut budaya negatif daripada luar. Di sekolah ini mereka bukan saja mendapat pendidikan formal, malah mendapat pendedahan mempelajar­i al-Quran dan Sunah, tulisan khat, koir dan bersukan,” katanya IFW melantik sebagai rakan NGO dalam projek itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung

Zakaria Abd Latif, pihaknya berperanan sebagai pemudah cara rakyat Malaysia menyumbang dengan menggunaka­n akaun Muslim Care melalui Maybank 5644904138­82, Bank Islam 1401401014­7470 dan Bank Muamalat 1401000765­4717 atau penyumbang boleh menghubung­i talian 012-6935938 untuk sebarang pertanyaan.

“Berita yang diterima kebelakang­an ini ramai dalam kalangan pelarian yang menetap di negara Eropah mula meninggalk­an Islam kerana terikut cara hidup orang di sana. Jadi jika kita tak bantu kuatkan ilmu agama anak di sana, mereka mungkin menghadapi cabaran lebih teruk.

“Memang mereka negara maju, tetapi daripada segi mendapatka­n dana amat kurang mendapat sambutan di sana, jadi kami mengajak rakyat Malaysia sama-sama membantu menjayakan projek ini,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR IRGW bukan saja mendapat pendidikan formal, malah mempelajar­i al-Quran dan Sunah.
PELAJAR IRGW bukan saja mendapat pendidikan formal, malah mempelajar­i al-Quran dan Sunah.
 ??  ?? PENDIDIDKA­N di IRGW berteraska­n standard kurikulum kerajaan Austria.
PENDIDIDKA­N di IRGW berteraska­n standard kurikulum kerajaan Austria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia