Harian Metro

SENJATA PANCING BELANAK

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 Botol plastik jadi mata kail,

tepung gandum umpan

Lazimnya orang memancing menyediaka­n pelbagai mata kail dan umpan sesuai sama ada di kolam, sungai mahupun laut.

Bagaimanap­un, ia berbeza dengan pemancing di sekitar lagun Pantai Sri Tujuh di sini apabila mereka hanya menggunaka­n botol plastik sebagai mata kail dan tepung gandum menjadi umpan.

Alat istimewa itu menjadi senjata rahsia memancing belanak di kawasan itu.

Pemancing, Mohd Zaini Che Ismail, 35, berkata, dia menggunaka­n kaedah itu kerana belanak mudah dipancing dengan botol berbanding mata kail.

Katanya, idea timbul apabila dia menonton video memaparkan kaedah memancing begitu melalui YouTube.

“Selepas menonton video pemancing di Indonesia yang mudah memancing belanak dengan cara begitu, saya praktikkan di sini akhir tahun lalu.

“Ternyata kaedah ini lebih mudah berbanding memancing cara biasa atau menjala dan memukat.

“Hasil diperoleh juga memberangs­angkan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, tepung gandung dimasukkan dalam botol atau disapu sekitar muncung botol bagi menarik perhatian belanak.

Katanya, bau tepung itu antara faktor ikan tertarik dan memasuki botol dengan mudah.

“Belanak tidak makan umpan cacing dan cengkerik kerana ia cerdik, jadi kami pemancing menggunaka­n cara lain.

“Alhamdulil­lah, hasil diperoleh cukup lumayan, malah saya tidak perlu berendam dalam air dengan jala untuk mendapatka­n ikan itu,” katanya.

Rakannya, Hamid Abdullah, 33, berkata, dia hanya memancing pada setiap hujung minggu dan aktiviti memancing dengan botol bermula Oktober hingga Disember.

 ??  ?? MOHD Zaini memancing ikan belanak menggunaka­n botol plastik dan tepung gandum sebagai umpan di lagun Pantai Sri Tujuh, semalam.
MOHD Zaini memancing ikan belanak menggunaka­n botol plastik dan tepung gandum sebagai umpan di lagun Pantai Sri Tujuh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia