Harian Metro

LUBUK JAM TIPU

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

5,658 barangan bernilai RM83,560 dirampas

Kementeria­n Perdaganga­n Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kuala Lumpur menumpaska­n sindiket jam tiruan berjenama dalam satu serbuan dilakukan di sebuah premis di Jalan Pandan Indah, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 pagi, sebanyak 5,658 barangan yang terdiri daripada pelbagai komponen jam tiruan dianggarka­n bernilai RM83,560 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof W Taib berkata, pihaknya menerima aduan daripada wakil cap dagang yang memaklumka­n mengenai aktiviti jualan jenama jam terbabit di akaun Facebook dan Instagram pemilik premis berkenaan.

“Berdasarka­n aduan diterima, kami membuat serkompone­n buan di dua lokasi berasingan yang dikatakan menjadi lokasi sindiket berkenaan beroperasi sebelum pemeriksaa­n di premis di Jalan Pandan Indah, di sini, menemui 5,658 barangan pelbagai komponen jam tiruan.

“Bagaimanap­un, dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Taman Segar, Cheras, di sini, kami tidak menemui sebarang barangan tiruan selain kotak kosong bertanda jenama jam berkenaan,” katanya.

Wan Mhd Yusof berkata, sindiket terbabit dipercayai menjual aksesori dan cetakan jenama jam berkenaan sebaik memperoleh bekalan yang diimport dari negara luar.

“Hasil siasatan mendapati premis itu hanya membuat cetakan pada jam tiruan terbabit berdasarka­n corak dikehendak­i pelanggan sebelum dipasarkan ke seluruh negara selain Indonesia.

“Kami mengambil keterangan daripada pemilik premis untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) 2011,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa membuat pemeriksaa­n di premis yang diserbu di Jalan Pandan Indah, kelmarin.
ANGGOTA penguat kuasa membuat pemeriksaa­n di premis yang diserbu di Jalan Pandan Indah, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia