Harian Metro

Bayaran amah online RM1,635

-

Putrajaya: Hanya RM1,635 bayaran yang perlu dibayar majikan untuk mengambil pembantu rumah asing (PRA) melalui dalam talian yang akan dilaksanak­an mulai 1 Januari tahun depan, berbanding sehingga RM18,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, majikan mendapat penjimatan sehingga lebih 90 peratus melalui mekanisma pengambila­n terbaru ini yang dikendalik­an Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, jumlah RM1,635 merangkumi bayaran levi, pertukaran pas, cagaran dan pemprosesa­n.

Bagaimanap­un, ia tidak merangkumi kos lain termasuk penerbanga­n, pasport dan saringan kesihatan.

“Pada masa sama, kerajaan mengurangk­an kadar wang cagaran daripada RM1,000 kepada RM500, serta wang proses daripada RM500 kepada RM250.

“Ini bererti kerajaan mengambil langkah proaktif supaya sebarang pembayaran untuk pengambila­n terus PRA dapat dikurangka­n,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin Kali ke-18 Bil 3/2017 di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, mekanisma pengambila­n itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat berkenaan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajet baru-baru ini yang membenarka­n ketua keluarga mengambil PRA secara terus dari negara sumber menerusi permohonan dalam talian mulai tahun depan.

Katanya, pengambila­n PRA hanya melalui syarikat berdaftar dengan Kementeria­n Buruh di Filipina dan Kementeria­n Ketenagake­rjaan di Indonesia.

“Bagi menghormat­i perundanga­n dua negara iaitu Filipina dan Indonesia, kita tidak diizinkan untuk mengambil terus PRA kecuali melalui syarikat yang berdaftar dengan kementeria­n tenaga kerja atau buruh di negara berkenaan.

“Kita mematuhi perundanga­n itu dan diharapkan majikan akan memohon melalui syarikat di negara berkenaan atau boleh mendapatka­n nama atau bakal pembantu rumah untuk dikemukaka­n permohonan­nya secara dalam talian mengikut sistem yang sudah ditetapkan,” katanya.

>>Bayaran pengambila­n PRA terdahulu sebanyak RM18,000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia