Harian Metro

SERONOK INTAI TAHI BINTANG

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

300 peminat astronomi berkumpul saksikan

fenomena pancuran meteor geminids

Kira-kira 300 peminat astronomi berkumpul di Balai Cerap Baitul Hilal Port Dickson, bagi menyaksika­n fenomena pancuran meteor geminids, kelmarin.

Penolong Pengurus Balai Cerap Teluk Kemang Muzamir Mazlan berkata, orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksika­n kejadian alam itu bermula jam 11.30 malam.

Katanya, fenomena itu berlaku sekitar Disember setiap tahun dan dapat dilihat dengan mata kasar.

“Lokasi di sini menjadi tumpuan kerana memiliki banyak kemudahan. Ia membolehka­n mereka menyaksika­n pancuran meteor sebaik saja bulan terbenam.

“Bagi memudahkan mereka melihat dengan jelas, beberapa lampu jalan di sekitar balai cerap ditutup,” katanya.

Program berkenaan mendapat kerjasama Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD) dan Hotel Lexis Hibiscus.

Menurutnya, fenomena itu berlaku apabila buruj Gemini di langit utara merempuh banyak debu di angkasa lepas di laluan asteroid 3200 Phaethon.

“Dalam fenomena itu, dua meteor muncul di langit setiap seminit menjadikan 120 meteor dapat dilihat selama sejam. Hujan meteor mudah dilihat kerana cahaya bulan kurang namun bergantung juga pada pergerakan awan,” katanya.

Pengunjung, Nur Ain Shuahda Ainoor, 17, berkata, dia datang bersama keluargany­a dari Nilai selepas mengetahui mengenai fenomena itu.

“Alhamdulil­lah,

saya berpeluang menyaksika­n fenomena itu yang menunjukka­n kekuasan Allah,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai menyaksika­n pancuran meteor geminids di Balai Cerap Baitul Hilal Port Dickson.
ORANG ramai menyaksika­n pancuran meteor geminids di Balai Cerap Baitul Hilal Port Dickson.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia