Harian Metro

DENGAR HAL SAKIT

-

Budak enam tahun hidap kanser buah pinggang

bergantung hidup pada organ sebelah kiri

“Emosinya cukup sensitif tambahan pula apabila bersembang mengenai kanser yang dihidapiny­a pasti dia merajuk dan saya perlu mengambil masa untuk memujuknya.

“Adakalanya dia tidak mahu ke hospital untuk menjalani rawatan sehinggala­h saya dan suami (Azmi Che Man, 44) memujuknya seperti ‘jika mahu sihat kena pi hospital’ barulah dia ikut cakap kami,” katanya di Apartmen Bandar Perda, di sini.

Salamiah berkata, Muhammad Faris dikesan menghidap kanser sejak Julai 2012 apabila kerap muntah dan kencing berdarah ketika baru berusia 11 bulan, menyebabka­nnya kerap berulang-alik menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Dia berkata, ketika di HPP, Muhamad Faris menerima rawatan kimoterapi sehingga Februari 2013, namun rawatan itu terpaksa dilakukan semula kerana kanser berkenaan kembali menyerangn­ya Jun 2013.

“Kimoterapi terakhir dilakukan pada awal Januari 2014 dan kesannya, badan Muhammad Farish tidak membesar, rambut gugur, cepat letih dan pergerakan terbatas untuk membuat sebarang aktiviti lasak,” katanya yang mempunyai empat anak berusia setahun hingga 15 tahun.

Salamiah berkata, dia seorang suri rumah dan suaminya hanya bekerja kilang. Mereka tidak mampu membekalka­n susu khas setiap bulan untuk pembesaran Muhamad Farish.

Katanya, mereka hanya berharap bantuan setahun sekali sebanyak RM1,500 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk membeli susu.

“Selain perlu menjaga pemakanan dan mengelak pengambila­n makanan segera, susu khas itu saja pilihan kami untuk menggalakk­an pembesaran tubuh badannya.

“Jika berat badannya bertambah baik, barulah Muhamad Farish boleh menerima buah pinggang di sebelah kanan daripada penderma prihatin, sekali gus memberikan harapan baru buat dirinya,” katanya.

Menurutnya, Muhamad Farish kini perlu melakukan rawatan susulan ujian darah enam bulan sekali dan menjalani imbasan ultrabunyi buah pinggang tiga bulan sekali selain perlu mengambil ubatan lain.

Bagi yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (07001-41-00007106-6) atas nama Azmi Che Man.

 ??  ?? KETUA UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi (kanan) meraikan sambutan hari jadi dan sumbangan kepada Muhammad Faris Arsyad (enam dari kiri).
KETUA UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi (kanan) meraikan sambutan hari jadi dan sumbangan kepada Muhammad Faris Arsyad (enam dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia