Harian Metro

‘BOMOH’ TERSIAL

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Sindiket aktif ‘jaja’ ilmu hitam kaut untung atas angin

Sindiket ‘bomoh seberang laut’ yang aktif melakukan penipuan dengan pelbagai dakwaan karut membabitka­n ilmu hitam dikesan mengaut keuntungan hasil kegiatan haram itu mencecah puluhan ribu ringgit sejak beberapa bulan lalu.

Terbaru, sindiket didalangi dua lelaki dan tiga wanita dari Indonesia dan China berusia 27 hingga 50 tahun itu memperdaya­kan seorang suri rumah sehingga mangsa kerugian RM14,000, Isnin lalu.

Modus operandi ‘bomoh’ berkenaan dengan mendekati mangsa berusia 58 tahun itu di pekan Siburan sebelum memperkena­lkan diri dan mendakwa anak lelaki wanita terbabit bakal ditimpa kemalangan namun menawarkan perkhidmat­an untuk ‘memulihkan’ musibah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superinten­dan Merbin Lisa berkata, mangsa yang ketakutan selain percaya dengan dakwaan suspek bersetuju menyerahka­n wang tunai dan barang kemas bernilai RM14,000 kepada sindiket ‘bomoh sebagai sebahagian ritual perubatan.’

Menurutnya, suspek kemudian membungkus wang dan barang kemas mangsa di dalam satu bungkusan namun menyerahka­n bungkusan yang hampir serupa sebelum meminta mangsa membukanya Rabu lalu.

“Mangsa yang berasa lega kerana rawatan itu ‘berjaya’ kemudian membuka bungkusan yang diberikan suspek untuk mengambil semula wang dan barang kemasnya namun terkejut selepas mendapati hanya terdapat botol mineral dan keratan surat khabar di dalamnya.

“Menyedari dirinya diperdaya ‘bomoh’ berkenaan menyebabka­n suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk membuat laporan Rabu lalu bagi tindakan selanjutny­a,” katanya pada sidang media di IPD Padawan di sini, semalam.

Merbin berkata, berdasarka­n maklumat dan risikan, polis menjejaki suspek di sebuah rumah di Taman Stampin Tengah, di Kuching empat jam kemudian berdasarka­n pengesan lokasi global kenderaan yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

 ?? FOTO: ?? MERBIN (dua dari kiri) menunjukka­n barangan yang dirampas, semalam.
FOTO: MERBIN (dua dari kiri) menunjukka­n barangan yang dirampas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia