Harian Metro

Surat henti kerja bina EKVE ditarik balik

-

Surat perintah pemberhent­ian kerja bagi pembinaan Lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE) yang dikeluarka­n Jabatan Alam Sekitar sebelum ini sudah ditarik balik.

Bagaimanap­un, surat penarikan perintah itu bersyarat di mana pemaju tidak boleh melakukan kerja-kerja utama di sekitar FELCRA Semungkis.

Pengurus Besar Kanan EKVE Sdn Bhd, Mohd Khalid Mohamed berkata, dengan penarikan balik perintah berhenti kerja yang dikeluarka­n 8 Disember itu, pihaknya boleh meneruskan kerja pembinaan lebuh raya yang dijangka siap sepenuhnya pada September 2019.

“Mengikut kepada syarat yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar, kita tidak akan membuat kerja pembinaan utama di sekitar FELCRA Semungkis iaitu di sepanjang lebih kurang 300 meter.

“Tapi, kerja pembinaan bagi mengelak air bertakung seterusnya mengakibat­kan banjir lumpur berulang di kawasan itu tetap akan diteruskan,” katanya ketika mengadakan sidang media, semalam.

Menurut Khalid, kalau dilihat kedudukan geografi FELCRA Semungkis, ia berada di kawasan rendah dan diapit dua bukit. Jadi, banjir sudah biasa buat mereka, tetapi apa yang menaikkan amarah mereka adalah apabila berlakunya banjir lumpur.

Justeru, lima pembentung air yang sudah siap dibina di kawasan projek lebuh raya itu antara langkah pencegahan yang dibuat agar banjir lumpur itu berkuranga­n dan boleh dielakkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia