Harian Metro

Hanya bebas lima minit

-

Georgetown: Hanya lima minit selepas dibebaskan kerana kesalahan mengedar dadah, wanita Ukraine ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri di lobi Mahkamah Tinggi, semalam.

Terdahulu, tertuduh, Lopatkina Klavdiia, 23, yang dibebaskan cuba melarikan diri, namun dia ditahan berikutan kesalahan memiliki visa sudah tamat tempoh.

Lopatkina sebelum itu dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kokain dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, dia yang mengandung sebulan ketika ditahan didakwa mengedar kokain seberat 1.5 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang, jam 11 pagi pada 31 Disember 2015.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Hakim Abdul Wahab Mohamed dalam penghakima­nnya berkata, pihak pendakwaan yang mengemukak­an tujuh saksi menyatakan maklumat bercanggah berhubung bungkusan dadah berkenaan.

“Mahkamah tidak berpuas hati terhadap keterangan daripada pakar kimia, pegawai polis dan pegawai penyiasat yang dilihat memberi fakta bercanggah berhubung kandungan dan bungkusan dadah terbabit.

“Berikutan itu, mahkamah membebas dan melepaskan tertuduh daripada kesalahan mengedar dadah,” katanya.

Lopatkina diwakili peguam Datuk N Sivanantha­n dan Low Huey Theng mankala pendakwaan dikendalik­an Noor Azrul Rahman.

 ??  ?? LOPATKINA ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia negeri di lobi Mahkamah Tinggi, semalam.
LOPATKINA ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia negeri di lobi Mahkamah Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia