Harian Metro

BAHANG DINIHARI

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Tujuh rumah kedai hangus dalam kebakaran

“Ketika kejadian saya tidur di tingkat atas kedai sebelum terasa panas lalu bangun. Apabila meninjau di luar tingkap belakang rumah saya dapati api semakin marak,” kata Yong See Ming, 70, mangsa kebakaran rumah kedai di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, tujuh rumah kedai di Jalan Ceniah, pekan Pandamaran di sini, musnah dalam kebakaran itu.

Yong yang juga pemilik kedai runcit berkata, sejurus ternampak api dia menjerit dan berlari menyelamat­kan diri bersama enam ahli keluargany­a.

“Saya jerit kepada isteri dan anak minta mereka bangun dan selamatkan diri.

“Kami tidak sempat ambil apa-apa barangan kerana api marak cepat,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia dan keluargany­a kini menumpang di rumah abangnya di kawasan itu.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 40, berkata, premis kedai plastik peralatan sembahyang milik keluargany­a turut musnah dalam kebakaran itu.

“Saya dapat panggilan daripada jiran memaklumka­n kedai kami terbakar sebelum saya bergegas ke sana.

“Pada 2007 kedai kami pernah terbakar sebelum kami pindah ke tempat lain dan sekali lagi terbakar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4 pagi.

Beliau berkata, 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang, Andalas dan Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi.

“Ketika bomba sampai, hampir semua premis musnah kerana kebanyakan kedai itu berstruktu­rkan papan dan batu.

“Kami mengawal kebakaran jam 4.55 pagi,” katanya.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah kedai sebelum api merebak ke kedai berhampira­n.

Samsol Maarif berkata, tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu.

“Berdasarka­n siasatan awal jumlah kerugian semua premis dianggarka­n RM5 juta dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PREMIS di Jalan Ceniah, Pandamaran, yang terbakar awal pagi semalam.
PREMIS di Jalan Ceniah, Pandamaran, yang terbakar awal pagi semalam.
 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran membabitka­n tujuh rumah kedai di Pandamaran pagi semalam.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran membabitka­n tujuh rumah kedai di Pandamaran pagi semalam.
 ??  ?? YONG
YONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia