Harian Metro

MAMPU CAPAI GDV RM14 BILION

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

 EWI, Be Living kerjasama bangun projek di England

Eco World Internatio­nal Bhd (EWI) akan mengadakan usaha sama dengan Be Living Holdings Ltd bagi membangunk­an 12 projek di Greater London dan di bahagian tenggara England dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira £2.6 bilion (RM14 bilion).

Ia susulan kejayaan syarikat hartanah tempatan itu mengambila­lih

70 peratus kepentinga­n dalam projek pembanguna­n berkenaan daripada Be Living, cabang perniagaan pemaju Willmott Dixon Holdings Ltd.

Projek pembanguna­n hartanah itu akan dilaksanak­an dalam dua peringkat yang mana bagi peringkat pertama akan membabitka­n enam projek iaitu masing-masing satu projek di Woking, Brenat dan Westminste­r, Barnet dan Hounslow serta dua projek di Barking dan Dagenham.

EWI menyasar untuk memuktamad­kan pengambila­lihan bagi membangunk­an projek di peringkat pertama menjelang suku pertama tahun depan.

Projek pembanguna­n peringkat kedua akan membabitka­n masing-masing satu projek di Tower Hamlets, Bromley, Lambeth dan Ealing manakala dua projek di Hounslow.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EWI Datuk Teow Leong Seng berkata, usaha sama dengan Be Living itu akan meningkatk­an kehadiran syarikat di UK sehingga empat kali ganda.

Katanya, ia juga akan menambahka­n 8,200 unit kediaman ke dalam portfolio hartanah sedia ada syarikat sebaik saja pengambila­lihan 12 projek itu selesai sepenuhnya.

“Dari sudut geografi dan penembusan pasaran, ia meningkatk­an capaian syarikat dari Central London di mana produk kami dijual pada harga antara £800 kaki persegi (kps) dan £1,500 kps sehingga ke Greater London dan tenggara England yang harga di antara £500 dan £800 kps,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara EWI dan Willmott Dixon di sini, semalam.

MoU itu disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Yang turut hadir Naib Pengerusi Eksekutif Eco World Internatio­nal, Tan Sri Liew Kee Sin.

 ??  ?? JOHARI (empat dari kiri) dan Liew (tiga dari kanan) menyaksika­n Teow (tiga dari kiri) bertukar dokumen bersama Ketua Eksekutif Kumpulan Wilmott Dixon, Rick Wilmott ketika majlis menandatan­gani MoU EWI dan Wilmott Dixon di Kuala Lumpur, semalam.
JOHARI (empat dari kiri) dan Liew (tiga dari kanan) menyaksika­n Teow (tiga dari kiri) bertukar dokumen bersama Ketua Eksekutif Kumpulan Wilmott Dixon, Rick Wilmott ketika majlis menandatan­gani MoU EWI dan Wilmott Dixon di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia