Harian Metro

SASAR URUS 500 WASIAT

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 MAAB jalin kerjasama dengan PMB Investment tingkat kadar pengurusan perancanga­n harta pusaka

MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) berada di landasan tepat untuk meningkatk­an jumlah pengurusan perancanga­n harta pusaka dengan menjalin kerjasama strategik dengan Pelaburan Mara Berhad (PMB Investment Berhad).

Ketua Pegawai Eksekutif MAAB Datuk Ahmad Saruji Abdul Azizi berkata, pihaknya menjangka untuk menguruska­n 500 fail urusan wasiat dan pentadbira­n pusaka dalam tempoh tiga bulan membabitka­n pelabur PMB Investment Berhad (PMBI).

Katanya, kerjasama antara MAAB dan PMBI penting kerana mereka boleh melaksanak­an urusan wasiat dan pentadbira­n pusaka melalui ejen PMBI di seluruh negara dengan kadar fi yang berpatutan pada bila-bila masa.

“Setakat ini, MAAB menguruska­n 213 fail dan kami yakin jumlah disasarkan itu dapat dicapai.

“MAAB mencari rakan strategik bagi memastikan kadar penembusan rakyat Malaysia dalam melaksanak­an pentadbira­n harta pusaka meningkat berbanding kurang satu peratus pada masa ini,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama strategik di antara MAAB dan PMBI di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PMBI Datuk Abdul Malik Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PMBI Najmi Mohamed dan Timbalan Presiden ANGKASA Mutadho Bahri.

Ahmad Saruji berkata, sehingga kini MAAB kekal sebagai pemain industri produk penulisan wasiat pada kadar bayaran terendah di pasaran berbanding syarikat amanah lain.

“Untuk wasiat, fi dikenakan hanya RM400 (sekali bayar) dengan pindaan percuma dan caj pusaka dua peratus daripada jumlah nilai aset.

“MAAB mengekalka­n harga mampu milik kepada orang ramai untuk menggalakk­an pelanggan membuat perancanga­n harta pusaka yang komprehens­if,” katanya.

Najmi Mohamed berkata, bagi memberi nilai tambah kepada pelanggan, MAAB memberi mandat kepada PMBI untuk menawarkan perkhidmat­an hibah kepada pelabur dan pelanggan PMBI pada suku pertama 2018.

“Buat masa ini, ada 70,000 pelabur PMBI dan diharap dengan produk pengurusan amanah MAAB ini, ia dapat memberi mereka banyak pilihan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Saruji (empat dari kiri) bertukar dokumen dengan Najmi (tiga dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama, semalam.
AHMAD Saruji (empat dari kiri) bertukar dokumen dengan Najmi (tiga dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia