Harian Metro

Rohingya lebih rela jadi pelarian

-

Cox’x Bazar: Walaupun berdepan risiko penyakit, kebuluran dan kesengsara­an, ramai pelarian Rohingya lebih sanggup tinggal di kem pelarian di Bangladesh daripada pulang semula ke Myanmar.

November lalu, Myanmar dan Bangladesh menandatan­gani perjanjian untuk menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua bulan, namun ramai etnik Rohingya masih ragu-ragu ekoran trauma akibat kekejaman ganas ketika dihalau.

“Mereka (Myanmar) berjanji dan tidak akan mematuhiny­a. Apabila kami pulang, mereka akan menyeksa dan membunuh kami semula,” kata pelarian Rohingya, Muhammad Syed, 33.

Namun, kebimbanga­n mereka berasas. Kelmarin, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) melaporkan, sekurang-kurangnya 6,700 etnik Rohingya dibunuh dalam bulan pertama operasi tentera Myanmar ke atas pemberonta­k di negeri Rakhine, mulai Ogos lalu.

Sejak operasi ketenteraa­n bermula, hampir 650,000 minoriti Muslim itu sudah melarikan diri merentasi sempadan ke daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh.

Myanmar sering menafikan bahawa kekejaman berlaku di Rakhine dan mengatakan operasi ketenteraa­n itu adalah tindak balas mereka terhadap tindakan pemberonta­k menyerang pos polis dan menyebabka­n pegawai mereka terbunuh.

“Ia satu perangkap. Mereka sudah banyak kali memberi jaminan sebelum ini dan masih menjadikan kehidupan kami seperti neraka.

“Saya lebih rela mati daripada pulang semula. Di sini kami diberi makan dan perlindung­an serta boleh beribadat secara bebas,” kata seorang wanita dikenali sebagai Dolu. - AFP

 ??  ?? SEORANG kanak-kanak berlari di kem pelarian Balukhali yang menempatka­n ribuan pelarian Rohingya semalam. - Reuters
SEORANG kanak-kanak berlari di kem pelarian Balukhali yang menempatka­n ribuan pelarian Rohingya semalam. - Reuters
 ??  ?? LELAKI Rohingya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid yang dibina di kem pelarian Balukhali berhampira­n Cox’s Bazar, Bangladesh semalam. - Reuters
LELAKI Rohingya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid yang dibina di kem pelarian Balukhali berhampira­n Cox’s Bazar, Bangladesh semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia