Harian Metro

BISA MAKAN TUAN

- Agensi

 Remaja maut selepas dipatuk ular tedung selar peliharaan­nya

Hobi seorang remaja membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan membawa padah apabila dia maut dipatuk haiwan berbisa berkenaan.

Remaja yang dikenali sebagai Syahril itu dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu selepas dirawat di hospital akibat dipatuk reptilia berkenaan.

Syahril yang berasal dari Bojongsoan, Jawa barat dilaporkan membela reptilia berbisa berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Berita kematian Syahril dilaporkan pengguna Facebook yang menggunaka­n nama Nindi Sari sebelum dipetik media di Indonesia.

Nindi memberitah­u, Syahril meninggal dunia selepas tangannya dipatuk ular berbisa berkenaan.

“Hati-hati, sekiranya tiada pengalaman jangan sesekali membela ular tedung selar,” katanya.

Dia juga memuat naik gambar Syahril memegang dan mencium kepala ular tedung selar yang besar.

Gambar mangsa ketika dirawat di hospital turut dikongsi di laman Facebook.

Syahril juga sempat memuat naik gambar tangannya dipatuk ular berkenaan di status aplikasi WhatsApp miliknya dengan keterangan ‘Antara hidup dan mati’.

Bagaimanap­un,

doktor gagal menyelamat­kan Syahril dan remaja itu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Ular tedung selar antara ular berbisa di dunia dan racun pada reptilia berkenaan boleh membunuh manusia dewasa dalam tempoh beberapa minit. lebar tetap, Indonesia berada di kedudukan 93 dengan kelajuan muat turun 13.38Mbps dan kelajuan muat naik 7.5Mbps.

Negara jiran, Singapura mendahului kategori itu dengan kelajuan 153.85Mbps.

Indonesia ketinggala­n beberapa negara Asia lain seperti Filipina (14.42Mbps), India (18.82Mbps), Malaysia (22.26Mbps) dan Vietnam (24.85Mbps). - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n Syahril memegang dan mencium ular tedung selar kesayangan­nya. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n Syahril memegang dan mencium ular tedung selar kesayangan­nya. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR status WhatsApp yang dimuat naik Syahril tidak lama selepas dia dipatuk ular peliharaan­nya. - Agensi
GAMBAR status WhatsApp yang dimuat naik Syahril tidak lama selepas dia dipatuk ular peliharaan­nya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia