Harian Metro

6 PELAJAR MAUT

- AFP

 18 lagi cedera selepas bas sekolah dirempuh kereta api

Enam pelajar maut manakala 18 lagi cedera dengan lima daripada parah apabila bas sekolah yang dinaiki mereka dirempuh kereta api di satu lintasan di selatan Perancis kelmarin.

Bas berkenaan yang membawa kira-kira 20 pelajar sekolah menengah dirempuh kereta api itu di Millas, kira-kira 18 kilometer dari bandar Perpignan, berhampira­n sempadan Sepanyol.

Rangkaian stesen radio tempatan, France Bleu melaporkan kereta api itu merempuh belakang bas.

Gambar disiarkan media menunjukka­n bas terbabit terputus dua.

Seramai 95 pasukan kecemasan bersama empat helikopter dikerah ke tempat kejadian.

Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe yang tiba di Millas menaiki helikopter berkata, proses mengenal pasti mangsa amat sukar.

Kemalangan itu membabitka­n 24 orang termasuk 20 murid berusia antara 13 hingga 17. “Pada ketika ini keutamaan kami adalah memberikan maklumat tepat kepada ahli keluarga mangsa,” katanya. Punca rempuhan masih belum dikenal pasti tetapi menurut sumber yang rapat dengan siasatan, ujian dadah dan alkohol akan dikenakan kepada pemandu bas dan kereta api berkenaan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menulis di akaun Twitternya: “Saya bersimpati dengan mangsa kemalangan membabitka­n bas sekolah itu, begitu juga keluarga mereka. Kami akan melakukan apa saja untuk membantu mereka.”

Kemalangan itu yang ketiga membabitka­n beberapa kematian berkait kereta api sejak empat tahun lalu.

Pada 2015, kereta api berkelajua­n tinggi yang diuji tergelinci­r selepas melanggar jambatan pada kelajuan 243 kilometer sejam menyebabka­n 11 orang di dalamnya terbunuh.

 ??  ?? KEADAAN bas yang membawa pelajar sekolah yang terputus dua selepas dirempuh kereta api. - AFP
KEADAAN bas yang membawa pelajar sekolah yang terputus dua selepas dirempuh kereta api. - AFP
 ??  ?? PASUKAN penyiasat meneliti bangkai bas sekolah yang berlubang akibat dirempuh kereta api di Millas berhampira­n Perpignan, selatan Perancis kelmarin. - AFP
PASUKAN penyiasat meneliti bangkai bas sekolah yang berlubang akibat dirempuh kereta api di Millas berhampira­n Perpignan, selatan Perancis kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia