Harian Metro

EU tolak tindakan Trump

-

Brussels: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menolak tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan mahu status bandar itu diselesaik­an menerusi rundingan.

Awal bulan ini, Trump mencetuska­n kritikan meluas selepas mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Zionis secara rasmi tanpa mengambil kira tuntutan Palestin terhadap bandar itu.

“Pemimpin EU mengulangi komitmen tegas kepada penyelesai­an dua negara dan pandangan EU mengenai isu ini kekal,” kata Presiden EU, Donald Tusk selepas pemimpin blok 28 negara itu mengadakan perbincang­an dalam persidanga­n di Brussels.

EU sebelum ini menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap keputusan AS itu dan minggu lalu, ketua polisi luarnya Federica Mogherini memberi amaran bahawa tindakan terbabit akan menyebabka­n situasi di bandar itu lebih buruk.

Kenyataan ketua negara dan kerajaan blok negara Eropah itu kelmarin meningkatk­an kritikan terhadap tindakan Trump yang mengubah dasar AS sejak tujuh dekad serta mencetuska­n tunjuk perasaan di seluruh dunia Islam.

EU sejak sekian lama mengekalka­n pendapat satu-satunya perdamaian dua negara iaitu Israel dan Palestin dengan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara kedua-dua pihak dengan sempadan dikembalik­an sebelum Perang Arab Israel pada 1967.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima penolakan tegas daripada Mogherini di Brussels pada Isnin lalu, selepas beliau mencadangk­an Eropah patut mengikuti langkah Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqd­is.

Mogherini dengan jelas memberitah­u beliau supaya menyimpan jangkaan sendiri untuk pihak lain. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia