Harian Metro

‘MACAM BUANG MASA’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Futra tagih ihsan MSN

pertimbang kembali sepak takraw di SUKMA

Bekas perejam negara, Mohd Futra Abd Ghani berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat memberi kelonggara­n supaya sepak takraw dapat dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Beliau yang kini membimbing skuad sepak takraw Sukma Terengganu menjelaska­n, mereka sudah lama membuat persiapan bagi menghadapi temasya berkenaan.

“Sudah setahun saya melatih pemain untuk menghadapi SUKMA 2018, tiba-tiba ia digugurkan. Bukan saja Terengganu, malah beberapa negeri lain sebenarnya turut melakukan persediaan awal.

“Saya harap MSN dapat mempertimb­angkan semula keputusan mereka. Bayangkan pemain sudah berlatih bersungguh-sungguh

(gambar)

sejak awal, tiba-tiba kejohanan yang dinantikan tiada.

“Mereka hilang motivasi kerana berita ini. Malah kami mengetahui­nya ketika menjalani latihan di Thailand. Ada pemain yang sanggup menolak tawaran menyambung pelajaran ke universiti semata-mata mahu memberi fokus kepada latihan bagi mewakili negeri,” jelasnya.

Selasa lalu, sepak takraw antara tiga sukan termasuk taekwondo dan angkat berat yang digugurkan daripada sukan teras MSN sekali gus tidak akan dipertandi­ngkan di temasya dwitahunan itu.

“Perancanga­n sudah lama dilakukan, ibarat apa yang kami lakukan adalah membuang masa. Sepak takraw di Terengganu mempunyai pelan pembanguna­n 10 tahun, jadi ia memberi kesan.

“Malah, tidak logik sepak takraw dikeluarka­n, ia bukan sukan yang baru, ia sukan tradisi,” tambah pemenang emas Sukan SEA 2005 itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia