Harian Metro

Kian Meng, Pei Jing paling corot

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui mengakui sudah mengenal pasti punca kemerosota­n prestasi Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan akan mencari formula terbaik menyelesai­kan masalah itu.

Terdahulu, Kian Meng-Pei Jing menutup tirai saingan peringkat Kumpulan B Siri Super Akhir tanpa sebarang kemenangan apabila tewas buat kali ketiga berturut-turut di tangan pasangan England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock 13-21, 16-21 dalam aksi di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu, semalam.

Dalam dua lagi aksi, Kian Meng-Pei Jing tewas kepada beregu China, Wang Yilyu-Huang Dongping dan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad sekali gus menyaksika­n mereka menamatkan saingan Kumpulan B di tangga tercorot.

Menurut Eei Hui, secara keseluruha­nnya beliau tidak gembira dengan prestasi ditunjukka­n beregu ke-11 dunia itu, tetapi lega kerana sudah mengetahui punca mereka gagal menyerlah.

“Apa yang saya boleh katakan, secara keseluruha­nnya prestasi mereka tidak baik. Mereka tidak mempercaya­i satu sama lain dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya saya kini lebih jelas mengenai masalah yang mereka hadapi,” kata Eei Hui ketika dihubungi di Dubai.

Ditanya apakah masalah utama yang dihadapi anak buahnya itu, Eei Hui bagaimanap­un enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Kian Meng yang mengulas mengenai penampilan pertamanya dalam kejohanan berprestij itu berkata, kecuali perlawanan pertama menentang Wang Yilyu-Huang Dongping, dia merasakan mereka bermain baik pada perlawanan kedua dan ketiga.

“Apa yang kami berlatih dapat diterjemah­kan dalam perlawanan kedua dan ketiga. Walaupun kalah tetapi kami bermain dengan baik juga,” kata Kian Meng.

 ??  ?? KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing
tutup saingan peringkat Kumpulan B Siri Super Akhir
tanpa kemenangan.
KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing tutup saingan peringkat Kumpulan B Siri Super Akhir tanpa kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia