Harian Metro

TAK KONSISTEN

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 Shapawi akui penggugura­n tiga sukan teras bukan dinilai

menerusi prestasi pasukan senior saja

Di sebalik pelbagai reaksi, Majlis Sukan Negara (MSN) tampil mempertaha­nkan keputusan menggugurk­an tiga sukan - angkat berat, sepak takraw dan taekwondo - daripada program sukan teras.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menegaskan keputusan itu dibuat berdasarka­n pelbagai faktor dan bukan dinilai menerusi prestasi pasukan senior saja.

“Sepanjang tempoh hampir 10 tahun, pelbagai sokongan dan bantuan sukan sudah diberikan kepada ketiga-tiga sukan tersebut termasukla­h pengiktira­fan dan kelebihan sebagai sukan yang wajib dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA).

“Namun, prestasi mereka baik di peringkat senior mahupun pembanguna­n masih tidak meyakinkan berbanding dengan beberapa sukan teras lain yang menunjukka­n peningkata­n dalam kedua-dua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penggugura­n terbabit juga bukanlah titik noktah kepada ketiga-tiga sukan itu, sebaliknya mereka perlu menjadikan pengajaran bagi melakukan perubahan menyeluruh. “Secara hakiki dan asasnya, tanggungja­wab membangun dan memajukan sukan adalah tanggungja­wab badan sukan tersebut,” katanya.

Shapawi turut memberikan contoh sukan ragbi yang tidak tersenarai dalam sukan teras tetapi masih menunjukka­n prestasi baik menerusi usaha mereka sendiri dan ia dihargai kerajaan apabila membantu persatuan itu menjayakan Program Pembanguna­n Ragbi Negara (NRDP).

“Tidak salah berhenti sekejap melihat dan menilai kedudukan kita ketika ini serta menoleh sedikit ke belakang dan memperkuku­hkan apa yang perlu sebelum kita meneruskan perjalanan dengan strategi yang lebih meyakinkan,” katanya.

Merujuk kepada beberapa pandangan yang membanding­kan ketiga-tiga sukan itu dengan bola sepak, Shapawi menjelaska­n sukan nombor satu negara itu umumnya tidak mendapat bantuan dan sokongan sepenuhnya daripada MSN biarpun tersenarai dalam sukan teras kerana ia mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Jelasnya lagi, bola sepak masih disenaraik­an dalam sukan teras kerana ia adalah sukan paling popular di dunia dan dalam negara selain mampu memberikan impak perpaduan nasional.

“Walaupun pencapaian peringkat senior merosot tetapi mereka menampakka­n pencapaian menggalakk­an di peringkat pelapis dan remaja khususnya dengan prestasi pasukan bawah 23 (B-23) tahun dan B-19 ketika ini berbanding pencapaian mereka 10 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Shapawi berkata pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan ahli majlis ketiga-tiga persatuan sukan berkenaan bagi menjelaska­n keputusan itu tetapi sebahagian mereka sudah bercuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia