Harian Metro

Mun Yee buat persiapan rapi

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my Azizan Hashim sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun senarai acara muktamad yang akan disertai atlet di Sukan Komanwel, Australia pada April dan Sukan Asia, Indonesia (Ogos hingga September) belum dikeluarka­n, namun Leong Mun Yee

tetap bersedia. Penerjun senior yang kini berusia 32 tahun itu berkata, dia sentiasa melakukan persiapan dari peringkat awal agar dapat memastikan prestasiny­a berada dalam keadaan terbaik.

“Selepas ini, saya tidak pasti mana kejohanan yang akan saya sertai kerana semua itu bergantung kepada keputusan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM). Tapi tahun depan seperti semua orang tahu kita mempunyai Sukan Komanwel dan Asia.

(gambar)

“Saya akan buat persiapan awal dalam semua acara walaupun belum tahu lagi apa yang saya akan sertai.

“Tapi macam mana pun sasaran saya adalah untuk mendapatka­n pingat di kedua-dua temasya,” kata Mun Yee yang sudah melakukan permohonan untuk menyambung pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) Pendidikan Sains Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketika diminta merumuskan pencapaian keseluruha­n tahun ini, Mun Yee yang memiliki koleksi 17 pingat emas sepanjang karier di temasya dwitahunan Sukan SEA berkata, dia amat berpuas hati.

Jelasnya, sepanjang 2017 dia sering kali ditukarkan pasangan serta menyertai acara lain namun tetap mampu beraksi dengan baik.

Dalam perkembang­an lain, penerjun itu mengingatk­an diri sendiri agar sentiasa berhati-hati dalam pengambila­n makanan tambahan.

Ini bagi mengelakka­n penggiat sukan terperangk­ap dengan penggunaan barangan terlarang yang bakal menjejaska­n karier.

Baru-baru ini, Presiden Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF), Tunku Imran Tuanku Ja’afar mengesahka­n pingat tiga atlet yang gagal doping di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) termasuk penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, dilucutkan.

Selain Wendy, dua lagi atlet terbabit dengan hukuman itu adalah perenang Thailand, Benjaporn Sriphanomt­horn dan Nurisan Loseng (pencak silat). Wendy beraksi cemerlang dengan memenangi emas dalam dua acara iaitu tiga meter papan anjal wanita dan 3m papan anjal seirama wanita. Ipoh: Penerjun negara, Cheong Jun Hoong muncul penerima ganjaran tertinggi di bawah Skim Insentif Sukan Negeri Perak 2017 yang disampaika­n Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semalam.

Penerjun kelahiran Ipoh berusia 27 tahun itu menerima insentif khas berjumlah RM25,000 daripada kerajaan negeri susulan kejayaanny­a meraih pingat emas acara 10 meter platfom individu di Kejohanan Terjun Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary, Julai lalu.

Selain itu, Jun Hoong menerima tambahan RM3,000 atas kejayaanny­a memenangi emas acara 1 meter papan anjal Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Jun Hoong antara 60 atlet termasuk 16 daripada Para ASEAN yang menerima ganjaran pada majlis penyampaia­n itu. Turut diadakan sempena majlis itu ialah Program Satu Pingat, Satu Pokok Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru, di sini.

Leong Mun Yee pula muncul penerima kedua tertinggi apabila menerima RM6,000 selepas menyumbang dua emas iaitu dalam acara 10 meter platform seirama dan 10 meter platform seirama campuran.

Sementara itu, pemain badminton Madzlan Saibon muncul penerima tertinggi atlet Para ASEAN apabila menerima RM6,000 bagi dua emas yang diraihnya dalam acara perseorang­an dan beregu lelaki.

 ?? FOTO: MUHAIZAN YAHYA ?? SHAPAWI
FOTO: MUHAIZAN YAHYA SHAPAWI
 ??  ?? JUN Hoong (kanan) menanam pokok di Bulatan Amanjaya,
Meru semalam.
JUN Hoong (kanan) menanam pokok di Bulatan Amanjaya, Meru semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia