Harian Metro

BUKAN CALANG-CALANG

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Bawah 14 tahun (B-14) TNB-1Mas ternyata menggembir­akan jurulatih Perak, Azmi Yahya sekali gus menepis tanggapan sebelum ini bahawa mereka hanya pasukan bertaraf sederhana.

Dalam aksi separuh akhir (format XY) semalam, Perak mengesahka­n slot ke saingan akhir apabila berjaya menumpaska­n Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Azmi, beliau berasa sangat gembira kerana anak buahnya sebelum ini dilabel sebagai pasukan bukan pilihan terutama selepas menduduki tempat kelima di kejohanan sama tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana kami ke perlawanan akhir dan ia dianggap sebagai satu bonus kerana sebelum ini hanya meletakkan sasaran untuk berada di antara empat pasukan terbaik,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan tamat.

Jelasnya, Perak sekarang ini cuba untuk melakar hatrik selepas muncul juara Bawah 16 tahun (B-16) TNB-1Mas dan Piala Razak.

“Mengenai perlawanan hari ini ternyata anak buah saya memberi persembaha­n mengikut apa yang dirancang, cuma ada sedikit kelekaan yang menyebabka­n Kuala Lumpur dapat mencuri satu gol.

“Kami akan cuba perbetulka­n segala kesilapan dan melihat kembali rakaman perlawanan membabitka­n pasukan Sabah untuk melakukan analisa sebelum membuat perancanga­n sesuai menentang mereka esok (hari ini),” kata Azmi.

Ujarnya, Sabah adalah pasukan yang kuat berbanding mereka yang menggabung­kan pemain dari empat sekolah dan mempunyai tempoh tujuh hari saja untuk membuat persediaan.

“Kami selesa digelar sebagai pasukan pilihan kerana sebelum ini tidak ada yang menyebut mengenai Perak. Sabah memiliki kelebihan kerana mereka sudah lama bersama dan kami bersedia untuk memperbaik­i segala kelemahan,” katanya.

Aksi semalam menyaksika­n Perak membuka jaringan menerusi gol padang, Amirul Hanif bin Mamat pada minit ke-13 dan lima minit kemudian mereka mengukuh cengkaman menerusi pukulan padu Syahrul Ikram Razali.

Gol sagu hati Kuala Lumpur hadir dua minit sebelum perlawanan tamat hasil jaringan padang Syafiq Abdullah, seterusnya membantu pasukannya untuk beraksi dalam perlawanan penentuan ketiga-keempat selepas memiliki kelebihan satu gol berbanding Perlis.

Perlis yang turut berada dalam Kumpulan X, akan beraksi dalam perlawanan penentuan kelima-keenam apabila tumpas 0-3 kepada Perak dan seri tanpa jaringan menentang Kuala Lumpur sebelum ini.

 Kemaraan ke pentas final bukti Perak mampu cabar kejuaraan

 ??  ?? PASUKAN hoki B-14 Perak meraikan kemenangan ke atas Kuala Lumpur di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.
PASUKAN hoki B-14 Perak meraikan kemenangan ke atas Kuala Lumpur di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia