Harian Metro

Misi baru Yew Sin, Ee Yi

-

Kuala Lumpur: Sejurus digandingk­an semula, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tidak menunggu lama untuk melancarka­n misi awal mereka apabila meletakkan sasaran mara sehingga ke suku akhir Thailand dan Malaysia Masters yang berlangsun­g bulan depan.

Menurut Ee Yi, selepas berlatih semula bersama Yew Sin dalam tempoh dua minggu, dia mengakui semakin selesa dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk serasi berikutan mereka sebelum ini sudah dua tahun berganding­an bersama.

“Saya rasa ia tidak akan mengambil masa lama untuk kembali serasi semula. Mungkin kami akan lebih cepat menjalin persefaham­an,” kata pemain kelahiran Muar, Johor itu.

Ee Yi kembali berganding­an bersama Yew Sin apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan menggandin­gkan semula pasangan utama, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berikutan peraturan baharu Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) mengenai kelayakan untuk beraksi di kejohanan utama.

Ee Yi berkata, fokus utama mereka ketika ini hanya memikirkan untuk beraksi cemerlang di Thailand Masters iaitu kejohanan sulung kalendar 2018 yang bermula 9 hingga 14 Januari ini.

“Kami juga meletakkan sasaran mara ke suku akhir Malaysia Masters (16 hingga 21 Januari),” katanya yang sebelum ini berpasanga­n bersama V Shem.

Ditanya adakah perubahan menukar gandingan dalam masa singkat mengganggu fokusnya, Ee Yi menyangkal dakwaan berkenaan dan mengakui perlu akur dengan perubahan yang diinginkan BAM.

“Tidak terganggu dan jika sesuatu keputusan itu bagus, kami hanya menurutiny­a saja. Lagipun, sebelum ini ketika bersama V Shem saya banyak belajar dan bermain dalam keadaan tenang tanpa sebarang tekanan.

“Lima kejohanan (Terbuka Perancis, Bitburger, China, Hong Kong dan Korea Masters) beraksi bersamanya membolehka­n saya meraih banyak ilmu.

“Saya juga tidak menganggap 2017 terlalu teruk atau bagus, sekurang-kurangnya ada keputusan membanggak­an,” katanya yang muncul naib juara bersama Yew Sin di Terbuka New Zealand.

Mengikut ranking semasa, Yew Sin-Ee Yi menduduki ranking ke-24 dunia dan masih lagi gandingan kedua terbaik negara di belakang V Shem-Wee Kiong yang menghuni tempat ke-18.

 ?? Teo Ee Yi ?? EE Yi (kiri) dan Yew Sin makin serasi. Saya rasa ia tidak akan mengambil masa lama untuk kembali serasi semula. Mungkin kami akan lebih cepat menjalin persefaham­an”
Teo Ee Yi EE Yi (kiri) dan Yew Sin makin serasi. Saya rasa ia tidak akan mengambil masa lama untuk kembali serasi semula. Mungkin kami akan lebih cepat menjalin persefaham­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia