Harian Metro

REDS DALAM JIWA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Semangat juang pemain Liverpool sumber inspirasi Joel dalam padang

Setiaku Liverpool - itu ungkapan paling tepat menggambar­kan betapa setianya pemain tengah skuad hoki lelaki negara, Joel Samuel Van Huizen terhadap kelab penuh bersejarah itu.

Menceritak­an bagaimana timbulnya minat mendalam terhadap The Reds, anak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Stephen Van Huizen berkata, ia bermula sejak zaman kanak-kanak

“Ayah saya adalah seorang peminat Liverpool dan ia kemudian mendorong saya untuk meminati kelab sama.

“Mengapa Liverpool? Sebab ia adalah sebuah kelab yang mempunyai sejarah gemilang dan antara terbaik di Eropah,” katanya memulakan cerita.

Satu lagi perkara yang mendorong Joel begitu meminati kelab itu ialah kerana semangat juang setiap pemainnya serta kesetiaan penyokong yang memberi sokongan tidak berbelah bagi baik ketika menang atau pun tewas.

“Saya masih ingat pada perlawanan final Liga Juara-Juara 2005 yang menyaksika­n Liverpool ketinggala­n 0-3 selepas berakhir separuh masa pertama ketika bertemu AC Milan.

“Tapi kemudianny­a mereka bangkit untuk mencatat kemenangan sekali gus memenangi Liga Juara-Juara buat kali kelima.

“Semangat juang seperti inilah yang banyak memberi inspirasi kepada saya ketika bermain di atas padang.

“Kita sama sekali tidak boleh berputus asa walaupun sudah ketinggala­n dan peluang untuk menang tipis.

“Peminat Liverpool juga sangat setia. Mereka sentiasa berada di belakang pemain tidak kira ketika menang atau kalah,” katanya.

Minat terhadap kelab itu mendorong Joel untuk ke Anfield menyaksika­n sendiri persekitar­an suasana stadium keramat itu.

“Peluang melawat Anfield adalah pada Jun lalu iaitu ketika saya serta keluarga menyaksika­n perlawanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London. Ketika itu saya tidak terpilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Saya dapat saksikan sendiri Stadium Anfield di depan mata. Antara tempat yang saya lawati adalah bilik persalinan pemain.

“Bagi saya ia pengalaman yang cukup menarik. Tapi sayangnya ketika itu tidak ada perlawanan Liverpool di Anfield.

“Sebab itu saya ada memasang niat untuk pergi lagi ke Anfield satu hari nanti menyaksika­n perlawanan Liverpool,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu juga memilih Steven Gerrard sebagai pemain Liverpool paling diminatiny­a.

“Beliau seorang kapten yang begitu setia terhadap kelabnya” katanya.

Joel juga tidak ambil peduli dengan kritikan ramai terhadap kelab itu yang sudah lama tidak mengecapi sebarang kejuaraan dan dilabel sebagai terlalu membanggak­an sejarah lalu.

“Bagi saya, walau apapun kita perlu melihat kepada sejarah lalu. Tanpa sejarah tidak mungkin wujud kelab Liverpool sehingga sekarang.

“Saya tak kisah Liverpool tidak memenangi sebarang kejuaraan sejak kebelakang­an ini sebab saya percaya kejayaan pasti hadir menerusi usaha yang tidak pernah berputus asa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JOEL ketika melawat Anfield.
JOEL ketika melawat Anfield.
 ??  ?? JOEL amat meminati Liverpool sejak
kanak-kanak.
JOEL amat meminati Liverpool sejak kanak-kanak.
 ??  ?? AKSI Joel (kiri) ketika Sukan SEA 2017.
AKSI Joel (kiri) ketika Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia