Harian Metro

TAK SABAR JUMPA SPURS

- AFP

London

Keghairaha­n Pep Guardiola unttuk melakar sejarah bersama Manchester City tidak berkuranga­n selepas pasukannya muncul kelab pertama dalam liga utama Inggeris meraih 15 kemenangan berturut-turut.

City mencatat rekod itu dengan kemenangan 4-0 di Swansea City awal pagi kelmarin, yang mengekalka­n kedudukan mereka 11 mata di depan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Mereka akan berdepan ujian getir awal pagi esok di laman sendiri menentang Tottenham Hotspur, namun Guardiola gembira bertemu lawan yang menggunaka­n pendekatan agak sama dengan pasukannya.

“Tottenham, bersama Chelsea, adalah pasukan terbaik dalam cara bermain bola sepak,” tegas Guardiola.

“Mereka tidak menjangkak­an lawan (untuk memulakan inisiatif) - mereka mahu bermain dengan cara sendiri. Ia satu lagi ujian menakjubka­n buat kami.

“Ia setiap tiga hari. Selepas Tottenham kami berdepan Leicester dalam Piala Liga, jadi tidak banyak masa untuk memulihkan diri.

“Tapi, kami bersedia untuk berdepan mereka dan cuba mengekalka­n tahap yang kami pamerkan sebelum ini.”

Kemenangan City di Swansea menjadikan mereka pasukan pertama dalam sejarah liga bola sepak Inggeris memenangi 15 perlawanan berturut-turut dan kini mereka berdepan beberapa lagi pencapaian untuk diatasi.

Mengalahka­n Spurs di Stadium Etihad dan Guardiola akan menyamai rekod kemenangan berturut-turut terbanyak liga bersama pasukan hebat

Barcelona yang dikemudika­nnya muncul juara berganda La Liga dan

Liga Juara-Juara pada 2010-11.

Beliau kemudian hanya kekurangan tiga kemenangan daripada rekod keseluruha­n lima liga utama Eropah yang turut dicatatkan­nya - 19 kemenangan berturut-turut bersama Bayern Munich pada 2013-14.

Persembaha­n cemerlang City dan kualiti mempesonak­an bola sepak mereka menyebabka­n sesetengah pemerhati berasakan mereka mungkin pasukan terbaik pernah dilihat dalam kancah bola sepak England.

 Guardiola gesa pemain kekal momentum

untuk raih kemenangan ke-16

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia