Harian Metro

Liga Juara-Juara gugat peluang Blues

-

London: Eden Hazard mengakui Chelsea menempuh bulan Disember yang lebih sukar berbanding kempen kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu kerana pembabitan kelab itu dalam Liga Juara-Juara.

Pasukan kendalian Antonio Conte melayan kunjungan Southampto­n ke Stamford Bridge hujung minggu ini selepas bangkit daripada kejutan kekalahan di West Ham United dengan kemenangan bergaya 3-1 di Huddersfie­ld Town pada pertengaha­n minggu. Persembaha­n menentang kelab pendatang baru dari Yorkshire itu menyerlahk­an kekuatan penyerang Chelsea dengan Hazard berganding baik dengan Willian dan Pedro untuk menenggela­mkan cabaran tuan rumah.

Kemenangan itu membuka jurang empat mata dengan pasukan tangga kelima dan ketika Conte mungkin sudah mengaku kalah pasukannya tidak berpeluang mempertaha­nkan kejuaraan, mereka melakukan sesuatu yang positif untuk mencapai sasaran layak sekali lagi ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sesudah gagal layak ke kancah bola sepak Eropah musim lalu, pasukan Conte mendapat manfaat kerana jadual kurang padat sekali gus membantu mereka muncul juara.

Kali ini, ketua jurulatih Chelsea itu terpaksa menguruska­n skuadnya dengan cara berbeza dan Hazard mengakui bebanan tambahan itu menjejaska­n mereka.

“Kami berdepan banyak perlawanan dalam tempoh singkat,” ujar perancang utama Belgium itu. “Tahun lalu kami tidak berdepan masalah ini kerana kami tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara, tapi sejak saya hadir di Chelsea, sudah enam tahun sekarang semuanya sama. Kami boleh menanganin­ya.

“Kami mempunyai ramai pemain. Sudah tentu anda mahu berehat lebih sedikit, tapi ia tidak mungkin.

“Kami melalui perlawanan buruk menentang West Ham. Apabila perkara ini terjadi kami perlu bangkit. Kami melakukann­ya dan kami menyumbat tiga gol.

“Saya fikir peminat gembira, kami juga gembira, jadi kini kami mahu berdepan Southampto­n di Stamford Bridge dengan pendekatan sama.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia