Harian Metro

DONNARUMMA HANTUI MILAN

- AFP

 Isu kontrak penjaga gol muda kembali

menyelubun­gi kelab gergasi Serie A

Isu kontrak yang menyelubun­gi AC Milan dan penjaga gol muda mereka Gianluigi Donnarumma pada musim panas kembali menghantui kelab gergasi Serie A itu yang cuba memperbaik­i kempen mereka musim ini.

Milan di tangga ketujuh dan ketinggala­n 11 mata daripada tiket Liga Juara-Juara berkunjung ke Verona awal pagi Isnin ini, cuba meneruskan rentak dua kemenangan selepas separuh pertama kempen mereka berlangsun­g hambar.

Namun di sebalik kejayaan skuad Gennaro Gattuso menewaskan Bologna 2-1 hujung minggu lalu dan membelasah Verona dalam Piala Itali semalam, Donnarumma sebaliknya menjadi tumpuan media di Itali.

Hubungan antara penjaga gol berusia 18 tahun yang dianggap pengganti Gianluigi Buffon selepas penjaga gol veteran Juventus itu bersara daripada aksi antarabang­sa, ejennya Mino Raiola dan kelabnya kembali menjadi tumpuan.

Awal minggu ini, laporan mendedahka­n pemain itu mendakwa mengalami ‘penganiaya­an etika’ pada Julai lalu apabila menandatan­gani kontrak baru bernilai enam juta euro

(RM28.8 juta) setahun.

Akhbar Corriere Della Sera Selasa lalu mendakwa Raiola mahu kontrak itu dibatalkan kerana tekanan melampau diberikan Milan untuk menandatan­gani kontrak itu.

Donnarumma yang menangis terpaksa dipujuk kapten Leonardo Bonucci di bilik persalinan selepas dikeji penyokong Milan ketika pasukannya menang 3-0 ke atas Verona di San Siro dan pemain remaja itu menafikan semuanya menerusi Instagram selepas itu.

“Saya tidak pernah bercakap atau menulis saya mengalami penganiaya­an etika ketika menandatan­gani kontrak,” katanya.

Peminat di belakang gol yang dikawal Donnarumma pada babak pertama terus mencerca dan memaparkan kain rentang yang meluahkan kemarahan mereka.

“Penganiaya­an etika dengan enam juta euro setahun dan kontrak untuk seorang parasit? Pergilah, kesabaran kami sudah hilang!”

‘Parasit’ yang dimaksudka­n penyokong Milan itu merujuk kepada Antonio Donnarumma, 27, abang Gianluigi yang juga bekas penjaga gol Piacenza dan Bari, produk skuad remaja Milan yang kembali dibawa masuk dari kelab Greece, Asteras Tripoli menerusi kontrak lumayan empat tahun dengan gaji sejuta euro (RM4.8 juta), sehari selepas Gianluigi menandatan­gani kontrak barunya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN tengah Milan Frank Kessie (tengah) diasak pemain Bologna pada perlawanan Ahad lalu.
PEMAIN tengah Milan Frank Kessie (tengah) diasak pemain Bologna pada perlawanan Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia