Harian Metro

TARUHAN MANTAP

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

>>Skuad Harimau Muda jalani latihan, perlawanan persahabat­an di Korea Selatan

 Davies sifatkan 26 pemain B-23 yang disenaraik­an ke Mokpo adalah yang terbaik

Kuala Lumpur: Lima pemain skuad Bawah 19 tahun (B-19) dipilih menyertai skuad Bawah 23 tahun (B-23) untuk mengharung­i latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan bermula Ahad hingga 30 Disember ini.

Lima pemain muda itu yang berjaya mengetepik­an pemain lebih senior adalah pertahanan Shivan Pillay Asokan, penyerang Hadi Fayyadh dan Akhyar Rashid serta pemain tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan K Thivandara­n.

Situasi itu menyaksika­n tiga pemain yang turut menjalani latihan pusat tempatan selama tiga minggu di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlepas ‘tiket penerbanga­n’ ke negara itu selepas digugurkan pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee.

Tiga pemain itu adalah penjaga gol Amierul Hakimi Awang dan penyerang Sean Eugene Selvaraj serta pemain tengah Danial Ashraf Abdullah yang mengalami kecederaan.

“Selepas mengambil kira semua faktor, satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan. Namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menggugurk­an Amierul Hakimi dan Sean Eugene bagi melengkapk­an senarai 26 pemain ke Korea Selatan,” kata Kim Swee dalam satu

Tonggak pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Matthew Davies menyifatka­n semua 26 pemain yang dipilih menjalani latihan pusat di Mokpo, Korea Selatan adalah yang terbaik di negara ini.

Menurut pertahanan Pahang itu, skuad muda itu juga sudah bersedia, apatah lagi dengan kehadiran beberapa pemain B-19 yang memiliki potensi begitu besar, sekali gus dapat membantu memperkuat­kan pasukan.

“Tidak kira siapa pemain yang dipilih, saya melihat ia skuad yang kuat dan dibarisi pemain yang begitu bersemanga­t membuktika­n kemampuan masing-masing.

“Pemain skuad B-19 juga memiliki bakat yang tidak kurang hebatnya,” katanya selepas aksi persahabat­an bertemu Melaka United di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee itu sekadar terikat tanpa jaringan menentang pasukan Liga Super itu, namun beraksi cemerlang apabila membenam pasukan Liga FAM, PJ Rangers 8-2 pada aksi persahabat­an pertama, minggu lalu.

Pertahanan berusia 22 tahun itu antara 26 pemain yang dipilih menyertai latihan pusat di Korea Selatan bermula Ahad ini dengan dia bakal bersaing merebut posisi sayap dengan tiga lagi pemain iaitu Syahmi Safari, Tommy Mawat Bada serta Syazwan Andik Ishak.

Bagaimanap­un, kelebihan beraksi di beberapa posisi selain fizikal mantap dan pengalaman luas beraksi bersama skuad senior sebelum ini, Davies dilihat sebagai pemain yang ‘wajib disenaraik­an’ dalam setiap pasukan yang diwakiliny­a.

Skuad 26 pemain ke Mokpo itu akan berlepas awal pagi Ahad ini bagi menjalani latihan serta menghadapi tiga perlawanan persahabat­an antarabang­sa dengan kelab tempatan Korea Selatan iaitu Mokpo City pada 20 Disember, Jeonju University (22 Disember) dan Jeonju Citizen (28 Disember).

Kemudian, Kim Swee bakal menggugurk­an tiga lagi pemain bagi melengkapk­an senarai akhir skuad 23 pemain ke Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 sebelum berlepas dari Korea Selatan ke Nanjing, China pada 30 Disember untuk satu lagi perlawanan persahabat­an antarabang­sa pada 5 Januari 2018.

 ??  ??
 ??  ?? NIK Akif (kiri) bersama Shivan pada sesi latihan pasukan kebangsaan B-23 di Wisma FAM
NIK Akif (kiri) bersama Shivan pada sesi latihan pasukan kebangsaan B-23 di Wisma FAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia