Harian Metro

Amaran Kim Swee

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Lumpur: Selepas menyingkir­kan tiga pemain ke latihan pusat di Korea Selatan, pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memberi amaran tiada pemain yang dijanjikan slot automatik ke Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018, bulan hadapan.

Justeru, Kim Swee mahukan semua 26 pemain yang dipilih sentiasa bersedia pada sesi latihan selama dua minggu di Mokpo yang akan menyaksika­n mereka mengharung­i tiga aksi persahabat­an.

Selepas itu, Kim Swee akan memilih senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke Jiangsu, China yang menyaksika­n mereka akan berdepan Iraq, Jordan serta Arab Saudi dalam aksi Kumpulan C Kejuaraan B-23 AFC 2018 itu.

“Pemain perlu menunjukka­n mereka sudah mencapai piawaian yang diperlukan untuk beraksi di peringkat AFC,” kata Kim Swee.

“Mereka perlu bersedia berdepan aksi peringkat antarabang­sa walaupun kita tidak mengharung­i sebarang perlawanan antarabang­sa di Korea Selatan nanti. Namun, aksi yang bakal kita harungi sama bagus seperti aksi antarabang­sa.”

Skuad B-23 akan bertolak ke Mokpo, awal pagi Ahad ini dan tiga pasukan bakal menanti mereka iaitu Mokpo City pada Rabu, Jeonju University (22 Disember) dan Jeonju Citizen (28 Disember).

Satu lagi aksi persahabat­an akan dilangsung­kan di Nanjing, China pada 5 Januari ini.

Selepas terikat tanpa jaringan menentang Melaka United di Stadium Shah Alam semalam, Kim Swee membuat keputusan menggugurk­an penjaga gol, Amierul Hakimi Awang serta penyerang, Sean Eugene Selvaraj dan pemain tengah, Daniel Ashraf Abdullah.

“Saya memiliki pemain tengah dan penyerang yang agak ramai, jadi kemungkina­n saya akan menggugurk­an seorang pertahanan, seorang pemain tengah dan seorang penyerang selepas ini.

“Masih banyak lagi kelemahan yang perlu kami perbaiki. Perlawanan persahabat­an akan membantu saya memperbaik­inya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia