Harian Metro

Neymar, PSG bakal jadi tumpuan dunia

-

bolasepak di negara luar memang lebih menyinar berbanding di Malaysia.

Tiada kesangsian mengenai prestasi serta prestij terutama di pertanding­an Liga Juara-Juara yang kini sudah masuk peringkat kalah mati.

Segala-galanya berjalan lancar tahun demi tahun dan pada musim ini pula semua perlawanan Pusingan 16 menghidang­kan lapan pasangan yang begitu menarik. Kemungkina­n untuk menjadi juara pula menjadi milik pemenang perlawanan antara Real Madrid dengan Paris Saint Germain (PSG).

Kedua-dua pasukan ini mencorakka­n permainan ofensif dan mempunyai pemain individu yang boleh menentukan keputusan dalam sekelip mata. Pemain yang pernah menghancur­kan impian PSG pada Liga Juara-Juara musim lalu, kini menjadi milik pasukan gergasi Perancis itu.

Pemain bertaraf dunia, Neymar menyarung

(gambar)

jersi Barcelona ketika itu dan memainkan peranan besar apabila menewaskan PSG pada peringkat sama selepas kecundang 0-4 dalam perlawanan pertama.

Dia menjaringk­an dua gol serta menjadi duri dalam daging buat PSG dalam perlawanan kedua di Camp Nou.

Kini Neymar bakal membantu PSG dalam usaha menewaskan musuh tradisi Barcelona iaitu Real Madrid. Apa lagi motivasi yang diperlukan Neymar untuk membuktika­n kebolehann­ya berbanding Ronaldo?

Pasukan juara bertahan, Real Madrid pula akan menurunkan semua pemain yang mencipta sejarah musim lalu apabila menjuarai dua kejohanan Liga Juara-Juara secara berturut turut.

Kemungkina­n untuk menjulang gelaran buat kali ketiga berturut-turut memerlukan lonjakan satu lagi tahap yang jelas tidak pasti mengikut prestasi semasa gergasi Sepanyol itu.

Hanya Manchester City yang mempunyai kebolehan untuk mempersemb­ahkan tahap seperti Real Madrid serta PSG. Pengendali pasukan dari England itu, Pep Guardiola sudah meletakkan corak serta tahap persembaha­n mirip Barcelona dan kini bertanggun­gjawab untuk memenangi piala atau kejohanan.

Musuh mereka di peringkat ini, FC Basel dari Switzerlan­d tidak dijangka akan layak walaupun boleh mencorakka­n tahap memuaskan.

Pertemuan yang melagakan dua corak permainan berbeza pula amat menarik dengan Chelsea yang kental bertahan, menentang Barcelona yang tidak perlu diperkenal­kan lagi. Ketiadaan Neymar pula tidak begitu dirasai kerana pada musim ini Leo Messi sudah berada pada prestasi serta kematangan yang mengagumka­n.

Pemain bintang Argentina itu melonjakka­n prestasiny­a untuk menjadi pemain berpasukan yang lebih berpengaru­h. Kita sedia tahu pengaruh Messi sebagai individu tetapi dia meningkatk­an tanggungja­wabnya ke atas persembaha­n berpasukan.

Adakah pengendali Chelsea, Antonio Conte akan menugaskan N’golo Kante untuk mengunci pergerakan Leo Messi?

Adakah Ousmane Dembele akan kembali dari kecederaan dan membawa satu dimensi baru kepada corak serangan pasukan Barcelona?

Pemain lincah dari Perancis itu mempunyai potensi untuk merobek mana-mana pertahanan dan boleh menjadi senjata sulit pasukan dari Catalunya itu.

Sementara itu, adakah pasukan Tottenham Hotspur cukup matang untuk menundukka­n gergasi Itali yang masih mengubati luka akibat tewas teruk pada final musim lalu?

Pasukan Juventus tewas 1-4 di tangan Real Madrid dan mempunyai peluang yang baik untuk menebus kesilapan itu apabila menentang Spurs.

Spurs pula menunjukka­n persembaha­n yang baik di peringkat kumpulan tetapi di peringkat kalah mati, semua pasukan memerlukan tahap konsisten yang lebih baik.

Juventus pula mempunyai pemain istimewa, Paulo Dybala yang boleh menentukan keputusan dengan sentuhanny­a.

Pertemuan lain seperti Porto-Liverpool, Bayern Munich-Besiktas, Sevilla-Manchester United dan Shakhtar Donetsk-Roma hanya sekadar suam-suam saja. tidak menemui kami, kes ini tidak akan selesai begitu saja. Kami sudah memberi peluang serta masa yang cukup untuk dia berbuat demikian,” kata pemain yang mesra disapa Keon itu.

Kelmarin, Ridzwan menyatakan kesanggupa­nnya untuk bertemu Khairul Helmi, Nidzam serta lima pemain lain selepas permohonan maaf yang dibuat melalui video dan Facebook tidak ‘dilayan’ oleh mereka.

Bagaimanap­un Khairul menafikan pernah menerima sebarang mesej daripada Ridzwan sambil menasihati individu itu berhenti daripada terus ‘bersandiwa­ra’ sebaliknya perlu menunjukka­n kesungguha­n untuk menyelesai­kan isu terbabit.

Sementara itu, Nidzam menyerahka­n kes itu kepada penasihat perundanga­n beliau, Datuk Iszam Kamal Ismail untuk tindakan lanjut berikutan perkembang­an terbaru itu.

“Setakat ini, beliau (Ridzwan) tidak pernah menghubung­i saya atau Datuk Iszam untuk berbincang mengenai isu ini. Saya ada menerima salinan mesej permohonan maaf kali kedua dibuatnya melalui Facebook tapi bukan daripada beliau sebaliknya dihantar oleh orang yang tidak saya kenali.

“Saya sudah melantik peguam, jadi sebarang tindakan akan saya bincangkan dengan beliau,” kata Nidzam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia