Harian Metro

POSITIF PEMAIN LAPOR DIRI

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Selangor tetap yakin dua pemain import dari Indonesia akan tetap melapor diri pada sesi latihan minggu hadapan meskipun perpindaha­n mereka dikritik Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia, Edy Rahmayadi.

Evan

(gambar)

Dimas dan Ilham Udin Aramaiyn menyertai skuad The Red Giants itu bulan lalu, namun Edy menyelar perpindaha­n bekas pemain Bhayangkar­a FC itu sebagai ‘tidak patriotik dan didorong oleh wang’ seperti yang dilaporkan media Indonesia.

Edy turut mempersoal­kan keperluan dua pemain itu beraksi di Malaysia menjelang Sukan Asia dan Piala AFF Suzuki tahun hadapan kerana dibimbangi Malaysia akan mengetahui corak permainan yang bakal diterapkan skuad Garuda itu.

Namun, Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal menjangkak­an dua bintang muda itu akan menyertai latihan pasukan pada 22 Disember ini seperti yang sudah dipersetuj­ui sebelum ini.

“Perkara itu tidak akan berlaku kerana kami sudah menandatan­gani kontrak dengan dua pemain terbabit dan kelab lama mereka juga sudah menerima bayaran perpindaha­n,” kata Subahan ketika mengulas jika dua pemain terbabit tidak akan menyertai sesi latihan Selangor.

“Cuma, mereka kini menyertai latihan pusat skuad kebangsaan mereka, jadi kedua-duanya akan bersama kita pada 22 Disember nanti.”

Dalam masa sama, Subahan juga tidak terkesan dengan kritikan Edy sambil menegaskan Selangor mempunyai sejarah berhubung pengambila­n pemain import dari republik itu seperti Bambang Pamungkas, Elie Aiboy serta Andik Vermansyah.

“Edy boleh katakan apa saja yang beliau mahu. Bagaimana beraksi di luar negara dan memperoleh pendapatan lebih tinggi dianggap sebagai tidak patriotik?

“Selangor sentiasa ada pemain import Indonesia. Apa yang penting kami memiliki kontrak yang sah dengan kedua-dua pemain terbabit,” kata Subahan.

 ??  ??
 ??  ?? EDY
EDY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia