Harian Metro

Saya bukan panas baran - Poyeng

-

Kuala Lumpur: Saiful Nizam Miswan menyertai Kuala Lumpur dengan reputasi sebagai pemain panas baran, namun pertahanan itu menegaskan dia tidak akan menjadi beban kepada pasukan barunya itu.

Sepanjang tempoh lima tahun sebelum ini, Saiful dilayangka­n empat kad merah ketika bersama Pahang termasuk pada pentas akhir Piala Malaysia 2014 yang menyaksika­n skuad Tok Gajah menumbangk­an Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti.

Saiful menjelaska­n dia bukan pemain yang sebegitu dan mendakwa dia diprovokas­i ketika menumbuk Amri Yahyah pada aksi final terbabit dan ketika menentang pemain Istiklol pada perlawanan Piala AFC 2015.

“Saya tahu ramai yang mengatakan saya panas baran tetapi itu tidak benar,” kata Saiful.

“Saya diprovokas­i pada pentas akhir Piala Malaysia dan ada keadaan yang tidak dijangka untuk insiden yang lain.

“Ketika anda berjuang untuk merebut kejuaraan, kadang kala anda menjadi terlalu teruja. Tetapi saya sebenarnya seorang yang tenang,” katanya yang lebih dikenali sebagai ‘Poyeng’.

Selepas beraksi bersama Pahang selama tujuh tahun, Saiful kini menyasarka­n untuk membantu skuad ‘The Hawks’ mengukuhka­n tempat dalam saingan Liga Super selepas mara ke saingan liga elit itu selaku juara Liga Perdana 2017.

“Apabila pasukan dinaikkan pangkat daripada Liga Perdana, mereka berdepan kesukaran untuk memberi cabaran dalam Liga Super.

“Ada pasukan yang kembali disingkirk­an selepas satu musim di Liga Super, namun saya percaya dengan kemasukan muka baru, pasukan ini mampu terus bersaing dalam Liga Super,” katanya.

Saiful mengikut jejak langkah penyerang, Indra Putra Mahayuddin, pemain sayap, Zaquan Adha Radzak serta bek kanan, Firdaus Faudzi menyertai pasukan bimbingan Fabio Maciel itu dengan mereka turut membawa masuk bekas pemain import Selangor, Junior

Aparecido.

 ??  ?? POYENG (tengah) ketika bersama Pahang.
POYENG (tengah) ketika bersama Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia