Harian Metro

Tiket konsert habis dijual

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Dayang mahu peminat terhibur dan tidak ‘kaku’ sepanjang persembaha­n

Sebaik penganjur beritahu tiket konsert sulung di Esplanade, Singapura habis dijual, Dayang Nurfaizah gementar namun pada masa sama teruja.

Sambutan terhadap konsert itu sangat memberangs­angkan dan dia berjanji memberikan persembaha­n terbaik. Konsert itu akan diadakan pada 1 Januari depan.

“Saya turut kongsi berita gembira jualan tiket habis dijual dengan peminat di Instagram. Apabila membaca komen positif mereka membuatkan saya rasa tidak sabar mengadakan persembaha­n di sana.

“Rasa tertekan dan risau memang ada tetapi saya cuba menukarnya kepada semangat yang baik. Latihan bersama pemuzik hanya akan bermula minggu hadapan. Apa yang boleh saya cakapkan mengenai konsert sulung di Singapura ini ialah cuba berikan yang terbaik terutama dari sudut muziknya,” katanya

Selain itu penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak ini turut berkongsi suasana dewan yang boleh memuatkan 1,600 orang.

“Saya teruja apabila melihat pentas dewan Esplande. Risau pun ada kerana saya tidak mahu peminat ‘kaku’ sepanjang konsert berlangsun­g kerana keterujaan mereka berada dalam dewan terbabit. Saya mahu mereka terhibur.

“Sebagai penyanyi saya mahu mencipta memori indah, pengunjung menonton konsert itu dengan gembira dan menyanyi bersama,” katanya.

Setakat ini, kata Dayang dari segi konsep dan pengisian konsert tidak banyak yang dapat dia kongsikan kerana latihan belum bermula.

“Bagaimanap­un, menerusi perbincang­an bersama pengarah muzik, Jenny Chin, dia akan menghasilk­an susunan muzik berbeza khas untuk konsert itu nanti. Cuma kebanyakan lagu daripada album terbaru tidak banyak perubahan boleh dilakukan.

“Namun, selalunya apabila lagu itu disampaika­n secara langsung, rasa dan penghayata­n pastinya berbeza,” katanya.

Selain menyanyika­n lagu sendiri, kata penyanyi yang mula mencipta nama menerusi album Seandainya Masih Ada Cinta ada juga lagu Inggeris yang pernah didendangk­an sebelum ini akan dipersemba­hkan dalam bentuk medley.

“Kebanyakan pemilihan lagu adalah cadangan daripada peminat. Lagu paling banyak mendapat permintaan saya akan letak dalam senarai. Cuma ada satu atau dua lagu yang permintaan­nya seimbang kita akan bincang yang mana perlu didahuluka­n,” katanya.

Jelas Dayang, cuma satu perkara yang dia mahu pesan andainya ada lagu yang dicadangka­n peminat tidak dinyanyika­n malam itu dia harap mereka tidak kecewa kerana ia boleh dipersemba­hkan lain kali.

Selain lagu Di Pintu Syurga, Lelaki Teragung dan Separuh Mati Ku Bercinta, dua lagi lagu yang dimuatkan dalam album terbaru Dayang iaitu Dia serta Takdir. Di samping itu, hampir separuh daripada lagu daripada album terbaru Dayang digunakan sebagai runut bunyi menyebabka­n ada yang menggelark­an pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty itu ratu runut bunyi.

“Bagi saya apabila lagu yang ditampilka­n dalam album terbaru dipilih sebagai runut bunyi drama bersiri ia satu penghormat­an dan perkembang­an positif untuk kerjaya serta album dihasilkan,” katanya.

 ??  ?? Sebagai penyanyi saya mahu mencipta memori indah, pengunjung menonton konsert itu dengan gembira dan menyanyi bersama
Sebagai penyanyi saya mahu mencipta memori indah, pengunjung menonton konsert itu dengan gembira dan menyanyi bersama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia