Harian Metro

Khai, Andi optimis hadapi 2018

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kejayaan diraih sepanjang

2017 pembakar semangat buat 2 penyanyi kacak ini

Dua minggu lagi kita bakal melangkah ke 2018. Bagi dua penyanyi muda yang nama mereka kian mekar dan meniti di bibir peminat, Khai Bahar serta Andi Bernadee, 2018 bukan lagi masa untuk mereka bereksperi­men.

Sepanjang 2017 mereka sudah mengutip banyak pengalaman. Setiap satu daripadany­a memberikan makna dan warna berbeza pada kanvas seni mereka.

Tolak tepi duka lara dilalui kerana apa yang pasti senyum dan tawa dilemparka­n dua penyanyi kacak ini cukup memberi gambaran betapa indah kembara seni mereka.

Lebih membanggak­an, sepanjang tahun ini baik Khai mahupun Andi, kedua-dua mempunyai ceritera berbeza yang meletakkan mereka sedikit istimewa berbanding penyanyi lain.

Siapa sangka, bakat yang dicungkil daripada aplikasi Smule membawa nama mereka ke aliran muzik semasa seterusnya memberikan saingan kepada penyanyi sedia ada.

Khai Bahar misalnya, bukan saja lagu nyanyianny­a menjadi siulan peminat tetapi 2017 juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul lima anugerah dalam tiga acara berprestij.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 23, dinobatkan Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular pada

 ?? FOTO SOLEKAN PAKAIAN LOKASI ??
FOTO SOLEKAN PAKAIAN LOKASI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia