Harian Metro

DEMIMU MAMA...

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Aishah tidak kisah berhabis pastikan ibu tercinta kembali sihat

Usianya sudah menjangkau 23 tahun namun Puteri Aishah Sulaiman belum memikirkan soal jodoh. Buat masa ini, tumpuannya hanya pada kerjaya serta kesihatan ibunya yang bertarung melawan kanser ovari tahap empat.

Tatkala bercerita mengenai ibunya, tidak ada getaran sebak pada suaranya. Ekspresi wajahnya tetap sama, ceria seperti biasa. Namun di sebalik senyuman itu, hanya Tuhan yang tahu gelora hatinya.

Kata Aishah, dia bercuti panjang sebaik saja tamat penggambar­an Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Dia mahu menjaga ibunya yang baru saja menjalani pembedahan membuang rahim pada Oktober lalu.

Sebagai anak sulung perempuan, dia menggalas tanggungja­wab yang agak berat, tetapi tidak sesekali melihat ia sebagai beban. Malah, dia sedar menjadi kewajipan setiap anak membantu dan menjaga ibu bapa serta adik-beradik.

“Saya bersyukur kerana kesihatan mama semakin baik. Namun, mama masih dalam pemantauan doktor kerana bila-bila masa sel kanser itu boleh aktif semula. Mama adalah ibu tunggal dan selama ini kami adik-beradik bergantung kepadanya.

“Sekarang, tiba masa kami pula yang menjaga mama. Saya dan adik-beradik perlu kuat berdepan dugaan ini. Saya serahkan kepada Allah dan gembira kerana mama terus berjuang melawan penyakit,” katanya.

Bukan berasal dari keluarga senang membuatkan Aishah gigih bekerja. Dia boleh menarik nafas lega kerana pendapatan sebagai pelakon boleh menampung perbelanja­an rawatan ibunya.

Bagi wanita itu, dia tidak kisah berhabis demi memastikan ibu tercinta kembali sihat.

“Syukur, saya dapat membantu membiayai kos rawatan mama. Saya tidak kisah tiada simpanan, janji mama sihat.

“Pada usia 55 tahun, mama tak sesuai bekerja lagi apatah lagi dalam keadaan sekarang. Biar mama berehat, saya pula yang cari duit.

“Selagi hayat masih ada,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia