Harian Metro

Barca, Chelsea, Real & PSG bertembung awal

-

Memang tidak dapat dielakkan lagi buat empat gergasi di Eropah yang memiliki ramai pemain bintang ternama, iaitu Barcelona, Chelsea, Real Madrid dan Paris SaintGerma­in apabila mereka diundi menentang sesama sendiri pada 16 pusingan terakhir Liga Juara-Juara.

Empat pasukan ini memang diharapkan untuk sekurang-kurangnya berentap di separuh akhir, namun segalanya sudah terjawab bahawa kehangatan Liga JuaraJuara akan dirasai seawal mungkin buat peminat bola sepak seluruh dunia dan debaran bakal menjadi semakin kencang.

Selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan tanpa sebarang masalah, empat pasukan ini perlu segera memperbaik­i fikiran mereka agar lebih serius dan mempersiap­kan tonggak masing-masing menjelang aksi pusingan pertama 14 dan 20 Mac depan.

Musim 2018 juga sangat mencabar buat keempat-empat pasukan ini kerana dalam masa sama bintang mereka seperti Lionel Messi, Eden Hazard, Cristiano Ronaldo dan Neymar sudah pasti akan mempersiap­kan diri menjelang Piala Dunia di Russia yang berlangsun­g Jun hingga Julai.

Bagi tiga pasukan dari England pula, Manchester United, Manchester City dan Liverpool mereka mungkin diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir kerana tidak berdepan laluan berliku

United yang dibimbing Jose Mourinho bakal berdepan Sevilla pasukan yang sekarang ini Tottenham Hotspur juga tidak boleh menarik nafas lega dalam undian Liga Juara-Juara Isnin lalu, apabila menanti mereka di pusingan 16 akhir ialah naib juara musim lalu, Juventus dan ditambah lagi kebanyakka­n bintang Itali tidak perlu memikirkan mengenai Piala Dunia 2018.

Chelsea pula perlu mencari bekalan selesa kerana aksi pusingan kedua akan berlangsun­g di Nou Camp,

 ??  ?? MESSI
MESSI
 ??  ?? ROBBEN
ROBBEN
 ??  ?? FABREGAS
FABREGAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia