Harian Metro

Handal bergusti

-

sebanyak enam kali membuat kemunculan sulung di WWE pada 3 November tahun lalu di Munich, berganding­an bersama Sheamus dan Cesaro untuk menumpaska­n, The Shining Stars serta Bo Dallas.

Bagaimanap­un, rindu Wiese terhadap sukan bola sepak tidak boleh dibendung lagi apabila kembali menyertai sebuah liga kecil setiap hujung minggu dengan mewakili pasukan, SSV Dilingen tahun ini.

Sebelum ini dia sendiri pernah meluahkan tidak mahu mengambil tahu langsung mengenai sukan bola sepak, namun baru-baru ini dia bergelut membuat persediaan menentang TSV Haunsheim.

Dalam aksi gusti sebelum ini, Wiese yang berasal dari Bergisch Gladbach, digelar dengan nama gelaran ‘The Machine’.

“Walaupun ia liga kecil namun tetap bola sepak sama seperti yang lain. Bundesliga atau liga kecil bagi saya semunya sama. Saya pernah bermain di Bundesliga dan bermain bersama Jerman. Saya tidak pernah gentar atau takut beraksi di liga yang kecil.

“Penjaga gol sama seperti berbasikal. Anda tidak pernah berhenti belajar. Saya rasa otot yang besar mampu membantu saya melompat lebih tinggi berbanding sebelum ini,” katanya.

Sama seperti ahli gusti lain, Wiese juga mempunyai gerakan penyudah untuk menewaskan musuh iaitu ‘Running Splash’, manakala teknik lain yang sering digunakann­ya ‘Biel throw’, ‘Body slam’, ‘Double rolling vertical suplex’, ‘Powerslam’ dan ‘Hip toss’.

Antara pencapaian terbaik Wiese ialah berada dalam skuad Jerman yang meraih tempat ketiga di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Ketika itu Jerman menyenarai­kan tiga penjaga gol, di mana watak utama disandang Manuel Neuer, manakala seorang lagi ialah Hans-Jorg Butt.

Selain Werder Bremen, Wiese pernah beraksi bersama Fortuna Koln, Kaiserslau­tern II, Kaiserslau­tern dan 1899 Hoffenheim.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia