Harian Metro

Majda gila Bollywood

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kalau sudah ada kuasa, buatlah keputusan dengan seadanya. Tetapi dalam bola sepak atau apa saja bidang, keputusan yang dibuat pasti ada risikonya. Dan jangan lupa, bersediala­h untuk menanggung­nya di kemudian hari!

Kejayaan dalam sukan turut terhasil daripada keputusan tepat yang telah dibuat, pertimbang­an terbaik yang bermula dari luar gelanggang hinggalah ke medan pertarunga­n. Sebaliknya, padah pula menanti jika silap percaturan.

Barangkali keputusan terbaik dibuat Zainal Abidin Hassan meninggalk­an Selangor untuk menyertai Pahang pada 1983, sekali gus digilap oleh jurulatih Frank Lord hingga menjadikan­nya pemain Bekas pertahanan

Liverpool, Mamadou

Sakho memang sangat bertuah kerana bukan saja memiliki isteri yang cantik dan seiras selebriti terkenal Kim Kardashian malah Majda Sakho juga adalah peminat fanatik muzik, pakaian dan filem Bollywood.

Sama seperti Majda, dia juga sangat bertuah kerana menjadi peneman sehidup semati Sakho iaitu pemain pertahanan yang mempunyai potensi besar kerana pernah mengetuai skuad kebangsaan Perancis dan kelab Paris SaintGerma­in (PSG) pada usia muda.

Majda yang juga seorang model, mengahwini Sakho pada 2012 dan paling menarik dia bukan saja meminati filem Bollywood tapi turut tertarik dengan perkahwina­n meriah serta penuh warna-warni walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan negara India.

Selain itu Majda juga dilihat selesa untuk mengenakan pakaian masyarakat India seperti sari dan dia juga mencipta khas pakaian lelaki buat Sakho.

Keterujaan Majda terhadap Bollywood juga menyaksika­n dia dan Sakho melangsung­kan perkahwina­n mengikut tema berkenaan, sebelum memuat turun gambar dalam akaun Instagram miliknya.

Mirip wajah ibu kepada dua orang cahaya mata, Aida dan Sienna ini juga dikatakan sama seperti seorang puteri dari India, terutama ketika dia tampil di khalayak ramai dengan mengenakan pakaian Bollywood.

Citarasa Majda memang sangat berbeza dengan kebanyakka­n isteri dan teman wanita pemain bola sepak lain kerana dia lebih gemar bersolek ataupun berketramp­ilan ala-ala wanita dari India.

Sebenarnya Majda berketurun­an Maghribi dan selepas melahirkan dua cahaya mata, dia dikatakan sudah tidak terlalu aktif dalam bidang peragawan, sebaliknya menumpukan perhatian kepada menjaga karier Sakho yang sekarang ini beraksi bersama Cyrstal Palace.

Dia juga kerap turun ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada suaminya, baik dalam perlawanan peringkat kelab mahupun antarabags­a.

Hubungan Majda dan Sakho juga dilihat mesra sehingga ke hari ini walaupun mereka sudah berkahwin selama lima tahun, malah keduaduany­a sering berkongsi gambar di Instagram.

Majda juga sangat bertuah kerana Sakho bukan hanya seorang pemain bola sepak yang hebat, malah ringan tangan membabitka­n diri dalam kerja-kerja amal.

Ketika di Liverpool dia mengambil kesempatan untuk mengajar bahasa Perancis kepada kanakkanak setempat iaitu sebahagian dari kerja kemasyarak­atan kelab berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia