Harian Metro

Keputusan Penentu Hala Tuju

-

yang lebih serba boleh.

Lebih rumit lagi jika kita mempersoal­kan apakah keputusan (spontan) yang diambil oleh penjaga gol, Kamaruzama­n

Hassan (2001) dan

Haziq Nadzli (2017) yang mengakibat­kan kegagalan pada perlawanan penentuan pingat emas Sukan SEA.

Malah, ada peminat tegar yang masih terkilan dengan keputusan pasukan Melaka menggantik­an

Mat Zan Mat Aris dengan pengendali import,

Eric Williams sebagai jurulatih yang akhirnya tidak membawa banyak peningkata­n musim lalu.

Bulan ini, pelbagai keputusan diambil pemain, persatuan dan penaja dalam menentukan hala tuju masing-masing ke arah yang lebih baik untuk musim 2018.

Tidak ketinggala­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengambil keputusan sepintas lalu melantik Tan Cheng Hoe menggantik­an Nelo Vingada dari Portugal sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Ia keputusan yang dilihat drastik di sebalik situasi meruncing dari segi persembaha­n, ranking dan keputusan semasa pasukan kebangsaan.

Sudah tentu Cheng

Hoe menerima pelantikan­nya sebagai satu penghormat­an besar selepas bertindak sebagai penolong kepada Datuk K Rajagobal

(2009-2013) dan Vingada (2017). Juga satu kenaikan pangkat dari segi cabarannya buat bekas jurulatih Kedah itu.

Melantik Cheng Hoe hanya sehari selepas peletakan jawatan Vingada mungkin keputusan paling mudah buat FAM. Ada pratikalny­a dari segi kos, seperti berbalik semula menggunaka­n jurulatih tempatan apabila pengendali import dikatakan tidak mampu memberi sebarang perubahan meningkatk­an prestasi Harimau Malaya.

Kita harapkan kepercayaa­n terhadap Cheng Hoe bukan keputusan yang ‘melepaskan batuk di tangga’ kerana misi pada kejohanan Piala AFF

2018 sangat penting, setidak-tidaknya untuk memulihkan maruah bola sepak Malaysia di peringkat serantau.

Banyak juga keputusan bakal diperlukan daripada pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menjelang kejohanan AFC di China, bulan depan. Prestasi pada kejohanan itu ibarat petanda nasib bola sepak Malaysia dalam tempoh terdekat.

Keputusan yang lebih mencabar berbanding pendirian mengetepik­an terus penyerang Syafiq Ahmad pada ketika bekas pemain Kedah itu dikatakan masih bercuti. Siapa yang setuju, siapa yang keliru?

Selepas beberapa keputusan tegas FMLLP yang mengubah senario biasa Liga Malaysia, kini giliran persatuan untuk mengambil langkah tepat memantapka­n lagi pasukan.

Contohnya, Felcra FC yang masih percaya khidmat jurulatih asing lebih perlu untuk menggantik­an Rosli Md Derus untuk aksi Liga Perdan 2018. Manakala PKNP FC meletak keyakinan terhadap pemain Kemboja, Keo Sokpheng sebagai pemain import kuota Asean.

Banyak keputusan lain bakal berlaku sebulan dua ini menjelang cabaran tahun baru

2018. Bagi sesetengah pihak, masih ada waktu untuk menilai dan memperinci keputusan terbaik bagi meminimaka­n risikonya.

Mungkin 12 bulan dari sekarang, kita akan sama-sama mengetahui keputusan yang manakah yang terbaik dan sebaliknya. Peminat hanya mampu memerhati dan keputusan di tangan yang empunya kuasa. Asalkan jangan sampai ada yang berkata ‘keputusan memakan diri, tanggung lah sendiri.’. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia