Harian Metro

APA HEBATNYA MARCOTE?

-

Ketika kebanyakan penyokong Kedah ‘berpesta’ menyambut kedatangan Ramon Marcote sebagai jurulatih baru pasukan itu, ruparupany­a ada juga yang tidak bersetuju dengan pelantikan­nya.

Seseorang yang agak berpengaru­h dalam bola sepak Kedah bertanya kepada Spy Bola, apa hebat sangat jurulatih dari Sepanyol itu sehingga dia dijulang sebegitu rupa?

Katanya, Marcote belum buktikan apa-apa kecuali pernah menjadi jurulatih kecergasan untuk pasukan Kedah tiga tahun lalu selain memangku tugas jurulatih semasa ketiadaan Tan Cheng Hoe.

Tapi cara kedatangan­nya diraikan penyokong seolah-olah dia mempunyai rekod kejayaan yang panjang sebelum ini.

“Pada saya daripada Kedah membuang duit melantik Marcote yang belum terbukti kemampuann­ya, lebih baik mereka lantik Azraai Khor (Abdullah) yang pernah membawa Kedah melakukan double treble.

“Sekurang-kurangnya Azraai sudah membuktika­n kehebatann­ya berbanding Marcote.

Inilah masalah orang kita, masih terbelengg­u dengan mentaliti lebih mempercaya­i orang luar berbanding anak tempatan,” rungutnya.

Dalam isu ini Spy Bola mengambil pendirian berkecuali. Sama-samalah kita lihat sejauh mana kemampuan Marcote, berilah dia peluang.

Cuma, Spy Bola teringat pesan Presiden Kelab Penyokong Bola sepak Kedah (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah agar penyokong tidak terlalu ghairah serta menaruh harapan terlalu tinggi, bimbang jika tak tercapai, jatuh terduduk.

 ??  ?? RAMON Marcote
BAKRI Ibni
RAMON Marcote BAKRI Ibni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia