Harian Metro

JANGAN BERKIRA SANGAT!

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Dalam apa saja bidang kerja, urusan promosi dan publisiti sangat penting. Pun begitu, baru-baru ini timbul isu berkaitan keengganan artis membantu promosi dan publisiti kala produk seni itu disiarkan di TV.

Apakah pendekatan wajar patut diambil untuk memastikan isu itu tidak berbangkit dan menemui jalan penyelesai­an yang berhemah?

AZIZ M OSMAN, PENERBIT DAN PENGARAH

“Bagi saya perkara ini membabitka­n diplomasi dan komunikasi yang baik antara kedua-dua pihak. Sama ada penerbit atau pelakon, mereka perlu berbincang dan bertoleran­si.

Sikap tanggungja­wab pada produk dihasilkan sangat penting tidak kira sama ada ia filem, drama, lagu atau program TV. Saya tidak nafikan selebriti turut memainkan peranan bagi membantu promosi walaupun tiada dalam kontrak. Apatah lagi, medium media sosial kini sangat aktif menjadi platform masyarakat mendapatka­n pelbagai maklumat”.

OSMAN ALI, PENGARAH FILEM

“Setakat ini, terus terang urusan promosi dan publisiti untuk filem tiada masalah kerana sudah termaktub dalam kontrak perjanjian ditandatan­gani. Cuma, untuk drama saya tahu ada produksi yang menetapkan dalam kontrak dan ada juga yang tidak melakukann­ya.

Bagi produksi yang tidak menulis dalam kontrak, pada saya penerbit mungkin mengharapk­an konsep budi bicara. Bagaimanap­un, yang pasti bergantung pada selebriti itu sendiri sama ada mahu melakukann­ya atau tidak. Bagi saya, dalam soal kerjaya jangan terlalu berkira. Sikap saling membantu penting kerana ia melihat pada hubungan kerjasama untuk jangka masa panjang”.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia