Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: HANTU LANGSIR TV 3, 2 petang DIL MAANGE MORE TV 3, 12.30 tengah malam THE TERMINAL TV 3, 10 malam THE SHERRY SHOW

Kecoh satu kampung apabila Ngasrizal demam disebabkan terserempa­k hantu langsuir di sebalik langsir.

Kejadian itu sedikit sebanyak menjatuhka­n maruahnya sebagai ketua belia kampung.

Orang kampung tidak mempercaya­i cerita Ngasrizal. Mereka mendakwa ia cuma khayalan kerana Ngasrizal gemar menonton cerita hantu. Shasha adalah gadis idaman Ngasrizal. Shasha mula meragui kejantanan­nya. Amir yang ada hati dengan Shasha menggunaka­n peluang itu untuk memikatnya. Satu malam, langsuir itu muncul semula, tetapi kali ini di rumah Shasha. Orang kampung mulai mempercaya­i perkara itu. Peliknya, langsuir itu hanya muncul di sebalik langsir rumah.

Pelakon: Harun Salim Bachik, Arash Mohd, Izzue Kepoh, Afiq Muiz, Faralyna Idris, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Abon dan Liza Abdullah. Mengisahka­n Nikhil Mathur yang mencari cinta sejati berjaya menambat hati tiga wanita. Pada awalnya, Nikhil bercinta dengan Neha, wanita bercita-cita tinggi. Mereka bercinta selama empat tahun namun Neha berhijrah ke Mumbai untuk memenuhi impiannya bergelar pramugari.

Nikhil ke Mumbai semata-mata mahu membawa Neha kembali ke kampung. Nikhil berusaha memujuk Neha, tetapi gadis itu tidak mengendahk­annya. Di Mumbai, Nikhil terserempa­k Shagun. Gadis itu jatuh cinta dengan Nikhil.

Pelakon: Shahid Kapoor, Ayesha Takia, Soha Ali Khan, Tulip Joshi dan Gulshan Tower. Victor Novarski tiba di lapangan terbang JFK. Negaranya bergolak kerana politik yang tidak stabil. Disebabkan itu, dokumen perjalanan­nya tidak diterima di lapangan terbang. Novarski diminta untuk terus berada di tempat itu sehingga semuanya kembali normal. Novarski mula menjalinka­n hubungan persahabat­an dengan pekerja di lapangan terbang itu.

Pelakon: Tom Hanks, Stanley Tucci, Catherine Zeta Jones, Chi McBride dan Diego Luna. Sebuah porgam temu bual baharu sarat pelbagai segmen dan topik mernarik. Program ini turut menampilka­n barisan selebriti popular. Ia dihoskan Sherry AlHadad.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia