Harian Metro

LANGGAR PANTANG SUSUK

-

berkenaan dan melihat cermin. Wajahnya sertamerta bertukar hodoh. Dia sekali lagi berjumpa dukun terbabit untuk memulihkan wajahnya.

Selepas dipujuk rayu, dukun terbabit memberitah­u satu-satunya cara untuk memulihkan kejelitaan wajahnya adalah dengan meminum darah sembilan gadis sunti.

Mila mula menjalanka­n misinya. Dia mengekori Shima yang pergi ke tandas lalu membunuh dan meminum darahnya. Tanpa diketahui Mila, gadis yang dibunuhnya itu adalah anak kepada Mak Tom, dukun yang membantu memasang susuk pada wajahnya.

Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian Shima. Dia menipu Mila kononnya mempunyai cara lain untuk mencantikk­an wajahnya. Bagaimanap­un, Mak Tom membunuh Mila dan memasukkan tubuh Mila yang sudah nyawanyawa ikan dalam lubang yang sudah digalinya.

Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah bahawa dia akan membunuh semua anak sunti keturunan Mak Tom. Beberapa tahun berlalu, Mak Tom dikurniaka­n seorang cucu perempuan bernama Tini.

Mak Tom bimbang

Tini akan menjadi mangsa dendam Mila. Dia sentiasa bersikap dingin dengan Tini. Bagaimanap­un, rahsia Mak Tom terbongkar selepas kematianny­a.

Adi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya bagi mendapatka­n penjelasan mengenai hantu Mak Tom dan hantu Shima yang sentiasa datang mengganggu­nya.

Adi menyuruh isteri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur sementara dia menyelesai­kan masalah itu di kampung. Namun, hantu Mila mengekori mereka berdua sehingga tiba di destinasi.

Adi menghubung­i Nurul supaya mengunci semua tingkap dan pintu. Malangnya, hantu Mila sudah berada di dalam rumah dan bermain dengan Tini. Nurul cuba menyelamat­kan dirinya dan Tini dengan berkurung dalam bilik.

Ikuti kisah selanjutny­a dalam Sumpahan Kum Kum malam ini.

 ??  ?? ANTARA babak dalam filem Sumpahan Kum Kum.
ANTARA babak dalam filem Sumpahan Kum Kum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia