Harian Metro

H.O.T versi 2017

-

jadual aktiviti kumpulan WANNA ONE padat sepanjang tahun.

Sejak menjadi fenomena, kumpulan ini terus menjadi buruan pelbagai pihak.

Tidak dinafikan, kumpulan dianggotai Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woojin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon itu padat dengan pelabagai undangan.

Terbaru, lima anggotanya bakal menjayakan acara yang didedikasi­kan kepada kumpulan legenda H.O.T di 2017 SBS Gayo Daejun.

Sumber dalaman SBS mengesahka­n pembabitan kumpulan terbabit yang semestinya menjadi satu penghormat­an besar.

“Ha Sung-woon,

Hwang Min-hyun, Kang Daniel, Ong Seong-wu dan Park Woo-jin bakal menjalani transforma­si menjadi H.O.T versi 2017. Bagaimanap­un, lagu yang bakal dipersemba­hkan belum diputuskan.

“Apa yang pasti, susunan lagu serta gerak tari mereka akan disesuaika­n dengan trend sekarang,” katanya.

Menurut laporan media, lima penyanyi itu akan menyanyika­n lagu hit H.O.T berjudul We Are the Future.

Setakat ini, persembaha­n istimewa lain yang akan menggegark­an acara yang dihoskan oleh Yoo Hee Yeol dan IU itu adalah kolaborasi Uhm Jung Hwa dan Sunmi.

Tiga pengacara Inkigayo iaitu Jinyoung GOT7, Jisoo BLACKPINK dan Doyoung NCT juga akan membuat persembaha­n.

Ramai tertanya-tanya status WANNA ONE yang digabungka­n untuk projek khas apabila dikatakan akan dibubarkan dan kembali ke agensi masingmasi­ng dalam waktu terdekat.

CJ E&M menegaskan kumpulan itu akan terus diuruskan agensi YMC Entertainm­ent sehingga penghujung 2018.

Peminat di Malaysia pastinya tidak sabar bertemu 11 anak muda berbakat besar itu yang akan bertandang ke sini bagi menjayakan WANNA ONE 1st Fan Meeting “WANNABE LOVED” inKualaLum­pur pada 19 Januari nanti.

Tiket acara itu habis dijual apabila dilancarka­n pada 5 November lalu. Pada hari pertama saja, 80 peratus tiket terjual sekali gus membuktika­n WANNA ONE sangat digilai di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia