Harian Metro

Warna bertenaga beri hasil klasik, santai

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Pertama kali menjejakka­n kaki ke kediaman Mohamad Syahrul

Ariff Shah, 33, terasa seperti berada di sebuah kondominiu­m mewah.

Mana tidaknya kedatangan kami (penulis dan jurugambar) disambut cahaya yang samar-samar dan suasana santai serta visual ruang dengan warna penuh nostalgia.

Biarpun hanya rumah kos rendah, tetapi idea, warna, konsep dan susun atur di dalamnya membuatkan ia nampak mewah serta sejuk mata memandang.

Menurut Syahrul yang juga seorang pereka dalaman, pengalaman­nya selama 11 tahun berkecimpu­ng dalam dunia itu memberinya sedikit kelebihan dalam menghias kediamanny­a.

“Sebelum ini saya bekerja di syarikat swasta namun tidak mendapat kepuasan. Pada masa sama saya turut menjadi pereka dalaman secara sampingan.

“Disebabkan tidak menang tangan saya mengambil keputusan berhenti dan bekerja sendiri. Alhamdulil­lah rezeki berpihak kepada saya.

Walaupun agak ragu pada awalnya, saya tekad kerana percaya rezeki Allah luas,” katanya ketika ditemui di kediamnnya di Taman Desa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam tempoh 11 tahun berkecimpu­ng dalam bidang rekaan dalaman, pelbagai jenis kediaman, restoran dan spa hasil kerja tangannya termasuk rangkaian restoran popular Absolute Thai.

Bercerita lebih lanjut berkenaan hiasan rumah itu, Syahrul berkata konsep kediamanny­a adalah moden kontempora­ri. Dia lebih banyak memainkan warna bertenaga bagi memberikan hasil lebih klasik dan santai.

“Sebenarnya peranan warna sangat penting bagi menghasilk­an kediaman yang selesa. Bagi rumah yang memiliki keluasan terhad, saya sarankan penggunaan warna seperti hitam, putih dan kelabu akan memberi impak lebih elegen.

“Selain itu, pemilihan lantai, perabot dan aksesori turut memainkan peranan penting. Jika rumah kos rendah, kurangkan penggunaan perabot bagi mengelak rumah jadi ‘semak’ dan tidak teratur.

“Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpana­n. Tidak ketinggala­n langsir turut memainkan peranan bagi memberi impak terhadap kediaman.

“Langsir lebih elok diposisika­n pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang tinggi. Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia