Harian Metro

Elak ruang tamu kelihatan kosong

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Penggunaan perabot minimalis antara dicadangka­n supaya rumah sentiasa kemas

Jika Mohamad Syahrul

Ariff Shah, 33, mampunyai persepsi dekorasi tersendiri tidak terkecuali isterinya Nur Adlina Mohd Nooramin Kaw, 32.

Malah Nur Adlina tidak menyangka perkongsia­n dekorasi kediaman mereka menarik perhatian peminat di laman sosial.

Menurut Adlina, dia sekadar suka-suka memuat naik foto ruang kediamanny­a itu apatah lagi suaminya seorang pereka dalaman.

“Selepas perkongsia­n itu, saya mendapat banyak komen positif daripada pengguna laman sosial malah selepas itu ramai yang menghubung­i suami untuk bertanya lanjut berkenaan khidmat dekorasi kediaman mereka.

“Niat saya hanya mahu berkongsi dan memberi idea kepada pemilik kediaman kos rendah untuk menghias kediaman atau ‘meminimali­s’ ruang supaya sedap mata memandang,”katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Desa, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Menurut Adlina, pemilik kediaman jenis flat sememangny­a mempunyai ruang terhad.

Penggunaan perabot yang minimalis antara dicadangka­n supaya kediaman sentiasa kemas.

“Bagi mengelakka­n ruang tamu kelihatan ‘kosong,’ saya sarankan supaya anda menggunaka­n perabot ‘L shape’ berbanding perabot yang mempunyai enam kerusi.

“Ini kerana perabot lengkap enam kerusi akan ‘memakan’ banyak ruang berbanding ‘L shape’ yang hanya diletakkan di

 ??  ?? Perabot lengkap enam kerusi akan ‘memakan’ banyak ruang berbanding ‘L shape’ yang hanya diletakkan di sebahagian ruang tamu NUR Adlina bersama Syahrul
di kediaman mereka.
Perabot lengkap enam kerusi akan ‘memakan’ banyak ruang berbanding ‘L shape’ yang hanya diletakkan di sebahagian ruang tamu NUR Adlina bersama Syahrul di kediaman mereka.
 ??  ?? INSPIRASI idea di ruang makan dan dapur.
INSPIRASI idea di ruang makan dan dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia