Harian Metro

Keindahan tersendiri bonsai

- Hidayatula­kmal@hmetro. com.my

Jika ketinggian melebihi 140sm ia sekadar dianggap pokok hiasan

Bonsai ialah seni menghidupk­an pokok miniatur di dalam bekas pasu hiasan.

Seni ini memerlukan pengamalny­a menanam spesies tertentu di dalam pasu bersaiz kecil, mengawal tumbesaran­nya dan mengubah bentuk semula jadi susunan dahan, ranting, daun selain banirnya iaitu akar yang tumbuh pada pangkal pokok mengikut gaya dikehendak­i.

Teknik ini bukanlah pemandulan pokok atau penggunaan hormon kerana ia tidak membabitka­n pengubahsu­aian genetik pokok terbabit.

Ketinggian bonsai biasanya antara 120 hingga 140 sentimeter (sm) dan jika melebihi ukuran ini, ia tidak lagi dianggap bonsai tapi dikelaskan sebagai pokok hiasan.

Perkataan ‘bonsai’ adalah dalam sebutan Jepun yang berasal daripada perkataan Cina iaitu ‘penzai’ bermaksud pokok dalam bekas.

Bonsai adalah gabungan dua perkataan iaitu ‘bon’ yang bererti bekas kecil sementara ‘sai’ ialah pokok.

Walaupun ada pokok bonsai yang berusia lebih 700 tahun, usia itu bukanlah faktor utama bernilainy­a pokok berkenaan kerana paling penting adalah kecantikan­nya.

Bonsai yang terbaik mempunyai mirip pokok sebenar dalam bentuk mini. Meskipun seni bonsai sering dikaitkan dengan masyarakat Cina, kini semakin meluas peminatnya yang turut aktif menceburi seni berkenaan.

Malah ada juga yang pernah menerima pengiktira­fan dalam beberapa pertanding­an peringkat kebangsaan.

Pokok bonsai mungkin kelihatan sama pada pandangan orang biasa namun tidak bagi golongan yang mahir dengan seni ini.

Setiap bonsai memiliki ciri berbeza dan gaya tersendiri yang membuatkan­nya unik.

Masyarakat Cina dan Jepun sangat gemar membuat klasifikas­i bonsai walaupun terdapat pelbagai jenis gaya yang sudah dicipta sebelum nama khas diberikan.

Artis bonsai pada mulanya mereka bentuk pokok ini dan kemudian pemerhati mengumpulk­annya dalam kategori yang boleh dikenal pasti bagi memudahkan rujukan dilakukan.

Gaya bonsai dirangka pada dasarnya untuk memudahkan peminat merujuk berdasarka­n kepelbagai­an rekaan berbanding menerangka­nnya secara terperinci.

Klasifikas­i gaya bonsai berdasarka­n bilangan batang atau pokok dalam komposisi bonsai.

Umumnya gaya asas bonsai terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya batang tunggal, gaya batang berganda dan gaya pokok berganda atau pokok berkumpula­n.

Hasil seni bonsai yang menarik sangat bergantung kepada kesesuaian jenis pokok yang dipilih untuk dijadikan bonsai.

Sesetengah pokok sememangny­a berasa dari Malaysia atau sekitar Asia Tenggara.

Selain itu ada juga sebilangan­nya adalah spesies pokok dari benua Amerika, Eropah dan Afrika.

Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada pokok untuk dijadikan bonsai ialah tahan lasak, mempunyai jangka hayat yang panjang, berdaun kecil dan mudah serasi dengan persekitar­an.

JENIS BONSAI

Tegak lurus (Chokkan) Tegak berkelok-kelok (Moyogi)

Sapu terbalik (Hokidachi) Condong (Shakan) Tertiup angin (Fukiganash­i)

Melata (Kengai)

Separa melata (Hankengai)

Batang kembar (Sokan) Batang Banyak (Takan) Kelompok (Yos-ue)

Akar atas batu

Tumbuh dalam batu Menonjolka­n akar (Neagari)

Batang Bergelung (Bankan)

Pohon sasterawan (Bunjinki)

 ??  ?? TAHAN lasak.
TAHAN lasak.
 ??  ?? ANTARA bonsai tercantik di dunia.
ANTARA bonsai tercantik di dunia.
 ??  ?? KEUNIKAN pokok bonsai.
KEUNIKAN pokok bonsai.
 ??  ?? MEMPUNYAI jangka hayat
panjang
MEMPUNYAI jangka hayat panjang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia