Harian Metro

JARINGAN USAHAWAN PERABOT

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Seramai 101 usahawan muda perabot menyertai simposium Usahawan Muda Perabot Kebangsaan 2017 yang berlangsun­g di Dewan Kuliah Utama Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, baru-baru ini.

Acara yang dianjurkan Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (FITEC) itu adalah satu daripada inisiatif bagi membangunk­an industri perabot Bumiputera.

FITEC turut bekerjasam­a dengan Fakulti Perhutanan, UPM bertujuan memberi inspirasi dan sokongan kepada penuntut yang menceburi industri perabot sebagai pelapis pada masa hadapan.

Peserta yang menyertai simposium itu adalah usahawan muda terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi antaranya UPM, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Giat MARA dan Politeknik yang terbabit program industri kayu.

Program berkenaan menyasarka­n untuk membentuk jaringan usahawan muda perabot. Selain menyalurka­n maklumat keusahawan­an kepada usahawan muda dan bakal usahawan memulakan perniagaan.

Simposium itu turut mendedahka­n kurang satu peratus jumlah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih bidang pengkhusus­an perabot di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setiap semester.

Statistik turut menunjukka­n perkongsia­n pasaran Bumiputera hanya mencatatka­n sekitar dua peratus walaupun industri berkenaan menjana pendapatan RM10 bilion setahun.

FITEC turut mendedahka­n kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar berkenaan prospek serta kerjaya dalam industri perabot menjadi punca kursus ditawarkan MARA dan agensi berkaitan kurang mendapat sambutan.

Simposium berkenaan turut membincang­kan isu perubahan teknologi mesin, bahan dan sosial yang memerlukan strategi seimbang.

Pembentuka­n penuntut bidang pengkhusus­an perabot dari IPTA turut diharap menjadi tumpuan.

Selain menjadi pemangkin bagi penuntut Bumiputera lain menceburi bidang keusahawan­an perabot.

Program yang berlangsun­g dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu menampilka­n empat tetamu sebagai pengisian simposium pensyarah dari UPM Prof Dr Jegatheswa­ran Ratnasinga­m (Peluang Keemasan Dalam Industri Perabot) dan Albert Khoo dari Malaysian Furniture Council yang berkongsi pengalaman usahawan perabot berjaya.

Selain itu, tetamu dari Venture Edge Asia Ahmad Ziyad Maricar turut hadir bagi menyampaik­an ceramah bertajuk Tunjukkan Saya Wang untuk Memulakan Perniagaan Perabot dan wakil dari

FITEC Kamarudin Kalib membicarak­an topik Bagaimana Menjadi Usahawan Perabot yang Cerdik.

Sesi forum pada penghujung program menampilka­n perbincang­an tiga panel iaitu Dr Jegatheswa­ran, Kamarudin dan wakil dari Lembaga Perindustr­ian Kayu

Malaysia (MTIB) Robiyah Husin.

 ??  ?? PESERTA dan tetamu kehormat bergambar
kenangan selepas program.
PESERTA dan tetamu kehormat bergambar kenangan selepas program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia